Monday, June 8, 2015

PERLU yang terindah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peredaran masa, bertahun-tahun sudah berlalu. Walaupun tidak segah namanya dahulu tetapi setiap perkara yang dilakukan dahulu masih dalam ingatan. Dari melakukan aktiviti, berblog, melepak, mencari ilmu, TOT, Lemak Manis dan bermacam-macam lagi yang dilakukan boleh dikatakan setiap hari setiap minggu setiap bulan kita bersama. Kini semua itu hanya tinggal kenangan tidak kira manis ataupun pahit. 


Alangkah seronoknya jika semua itu boleh dilakukan semula kini. Walaupun semua sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen masing-masing. Tidak tergambar betapa meriahnya, riuhnya apabila semua dapat berkumpul bersama. Ukhwah yang terbina selama bertahun-tahun ini jika dirapatkan semula pasti menjadi sebuah keluarga besar yang hebat.

Ex Presiden
Tapi siapa aku untuk menjadikan semua itu nyata. Huhu. Hati perasaan sememangnya payah untuk menipu. Aku percaya setiap seorang yang pernah berada, yang pernah merasa dikeji dipuji di cop suka membuli, yang pernah berjasa, berbakti di dalamnya pasti akan merasa rindu akan semua itu. Hahaha........

Pencuri makanan
Tragedi gempa di Sabah (takziah) serba sedikit mengimbau kenangan sewaktu Ekspedisi Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Tawa riang, kentut di dalam bilik, hirup kopi panas semua kenangan yang tidak dilupakan....... Banyak cerita dan kenangan yang hebat-hebat. In shaa Allah akang dikongsi.

Hai lemak manis ala amboi2
Santan kelapa ala amboi2
Cantik manis ala amboi2
Anak siapa.........

Jom gathering

TQ, kerana meninjau!

Friday, June 5, 2015

AbiKhalif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Impian menjadi seorang suami dan ayah serta ketua keluarga yang sempurna di mata seorang wanita mahupun anak-anak bukan sesuatu yang mudah. Setiap perkara yang kita lakukan merupakan satu titik berwarna yang kita akan corakkan di atas kain yang berwarna putih. Bagi aku, diri ini merasakan belum cukup dan masih banyak kurangnya perananku sebagai seorang suami dan ayah. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita bagi sudah cukup memadai, sudah cukup membuatkan keluarga kita gembira, sudah cukup untuk membuatkan kita semua bahagia.

Hanya Allah lebih mengetahui hati dan perasaan ini. Sungguhpon adakala ku berfikiran begitu, tetapi aku sentiasa positif dan terus berusaha untuk menjadi seorang Ketua yang sempurna. Rasa bersalah akan hadir setiap kali permintaan ataupun keinginan seorang isteri dan anak tidak dapat dipenuhi. Tetapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sentiasa memahami walaupun aku tahu dia mempunyai impiannya tersendiri. 

Muhammad Khalif Ummar
Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada walau macam mana dugaan dan ujian yang ku hadapi. Percayalah semua bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Bersangka baik selalu. Apa yang perlu dilakukan sentiasa berusaha untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai. Bersyukurlah dan Istiqomah.

Buat isteriku dan anakku semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah dan dilindungiNya selalu. Ameen. In shaa Allah, Khalif akan menjadi seorang abang hujung tahun ini. Abi mendoakan agar Umi, Khalif dan kandungan sentiasa dipelihara oleh Allah. Semoga kalian menjadi isteri yang Solehah dan anak-anak yang soleh solehah.

Maafkan Abi andai ada yang kurang. ~


TQ, kerana meninjau!

Wednesday, June 3, 2015

Tetap

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi setelah setahun tidak menjenguk blog aku. Masih elok. Hehe. Impian akhirnya menjadi kenyataan pada awal 2015. Akhirnya aku berjaya mendapat tawaran lantikan tetap. Syukur Alhamdulillah. Rasa rindu nak berblog, semacam ada yang perlu dikongsi. Haha. Harapanku agar aku sentiasa Istiqomah dalam melakukan apa jua perkara. 
Biarlah sedikit tetapi berterusan.


p/s: Arsenal menang FA Cup 



TQ, kerana meninjau!

Tuesday, February 4, 2014

Bersyukur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, ada kemewahan sendiri, ada kesusahan sendiri.. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Usaha doa dan tawakal sahaja yang perlu diteruskan. Istiqomah dalam setiap perkara biar lah sedikit tetapi tetap beterusan. Bukan wang ringgit yang ku kejar..bukan harta benda yang ku idam.. tapi cukuplah sebuah keluarga yang bahagia yang bole ku bimbing hingga ke Jannah.

Setiap yang berlaku itu, harus diserap.. setiap tekanan yang datang harus dihadapi dengan senyuman. Ingat rukun iman yang ke-6. Allah itu lebih mengetahui dan Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan. tetapi jika apa kita hajati itu tercapai itu bonus yang paling besar kita perolehi. 12 bulan gaji pon x leh lawan tau.... hihi..

Alhamdulillah

VICI


TQ, kerana meninjau!

tinta sname