Wednesday, November 30, 2011

Nak Ct Nurhaliza!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Naufal, Ira, Hanan, Miza (masa resepsi aituh)

Lama betul..haha.. Belum bersawang kan?Selamat menyambut tahun baru. Awal Muharam. belum terlambat lagi rasanya. Biasa la 2 3 menjak ni kesibukan skit. Banyak benda yang kena buat. Last week, hujung minggu family semua ke Terengganu, untuk majlis sambut menantu. Tapi aku x dapat ikut, sebab Pn Sname skang tengah sarat. ;)) so balik kg mertua je lah. Dekat pun dekat, Telok Panglima Garang.

Aktiviti seperti biasa makan-makan lepak2 je la. Cuma hari Isnin ada aktiviti menarik yang kami buat, itu pun secara spontan je. Pertandingan karaoke, haha, peserta2 semuanya kecik2. Sepupu2 wife aku. Peserta semuanya ada 8 orang. Haha. Memang kelakar, siap ada juri lagi. Salah sorang jurinya Pn Sname. Untuk pertandingan tu aku sediakan hadiah, xde la besar mana pun gula2 jer. semua hadiah berharga rm2 je. Tapi amat lah bermakna buat diorang. Time nak sampaikan hadiah makcik diorang plak, nak sponsor gak. Hadiah wang tunai. So hari tuh semua peserta dapat la sorang rm1. wow!!

Pemenang hari tu miza a.ka. ct nurhaliza yang berumur 5 tahun dengan mempertaruhkan lagu Cinta Muka Buku. hahaha...gile gempak.. ;))

** Senarai penuh peserta, dan ikut rank masing2** selepas dikomen vokal persembahan dan penampilan, walaupun semuanya berselut.

1. Miza @ Ct Nurhaliza - Cinta Muka Buku (5thn)
2. Fatma @ Fat - Sempurna (10thn)
3. Ira @ Ira Casey Bakley- Huggies (9thn)
4. Naufal @ Naufal Drogba - Balik Kampung (8thn)
5. Mat Nor @ Mat Nor Bonai - Superman (5thn)
6. Baghil @ Agil Jais - ABC (4thn)
7. Hanan @ Hanan Adira - Satu2 (4thn)
8. Haidar @ Haidar Mawi - Balik Kampung (3thn)

Hahaha. Semuanya serius bila kena komen!! Wakakaka..
Juri2 Ami Manap, Ika, Syu

**Insha Allah, kita bt pertandingan hafazan lak yer adik2..** jangan x mengaji lak.


TQ, kerana meninjau!

tinta sname