Friday, October 7, 2011

Alhamdulillah Setel (check up)

Assalamualaikum,

Baru selesai check up baby ngan uminya, di GH. Semuanya ok, cuma kena suntikan sebab darah x sama. :)) Insha Allah semuanya ok. Tadi pun dah scan baby, dan pegawai yang scan tu ada cakap jantinanya. :)) x kisah la boy or girl, yang penting sihat, sempurna, cukup sifat bak kata makcik nurse yang baik hati tu td. Insha Allah.

**Pengalaman pertama dalam hidup ni, :)) hope semuanya berjalan dengan sempurna, Insha Allah doakan kami sekeluarga.**

TQ, kerana meninjau!

Thursday, October 6, 2011

Ong..ong..ong.... (doraemon song) ye ke??

Hujan turun di sebelah petang... 'pemimpin syioookk tidoq'...Uollsss kat dalam tu sejuk taw....!


**Kena sediakan bantal dan tilam di Parlimen kelak** jangan meleleh air liur udahhh, nanti bau PERKASAm** :))

Layan video selantia beb.........................................





TQ, kerana meninjau!

Check up

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah selesai check up pukul 3 tadi. Semuanya ok, hari ini kena amik darah n kena cucuk lagi. Mulai esok Ika dah kena kira pergerakan baby. Esok juga pagi2 dah kena siap sebab ada 1 lagi check up kat GH. :)) Insha Allah esok scan skali.

** Mudah2an semuanya ok, (esok result darah skali) Insha Allah, Amin**
TQ, kerana meninjau!

Petua mencari jodoh


** Best, Layan, Bermanfaat **

TQ, kerana meninjau!

Pagi Hari (Biar sempurna)

Assalamualaikum


"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telingan, tangan dan kaki."

(Tok Guru, Nik Aziz -Tazkirah ringkas 10 Jun 2010, Pejabat MB)

**Berwudhuk lah berwudhuk lah** ;)) Insha Allah. igt mengingati sesama kita, untuk diri ini dan saudara2ku. Takbir!

TQ, kerana meninjau!

2 kali Check up (Half day, Coootiiiiiie)

Assalamualaikum,

Half day. Today. Yihaaaa. Bukan saja-saja pun nak separuh hari, hari ini ada tugas yang lebih besar, iaitu membawa isteri ke klinik untuk check up. :)) Appnment dalam kul 2.pm. So tengahari ni bole chow. Huhu..

Esok plak cuti, hehe. sekali lagi bawa ma wife untuk check up. Kali ni kat GH plak. Kuala Lumpur.
Sebab minta cuti, appnmentnya pukul 8.30 pagi. "Ya Allah permudahkan segalanya"


*** Hope semuanya ok, umi n baby.. Doakan kami. Insha Allah *** ;))


TQ, kerana meninjau!

Wednesday, October 5, 2011

Siapa yang suka holiday!!!

Siapa yang suka holiday!!! <-- klik uollss....
Cuba tengok2 kalau2 berminat!! :P pon bole

TQ, kerana meninjau!

Sejuk + Pisang Goreng

Assalamualaikum

Seminggu, opis ni macam terlalu sejuk. Kata CC aircond kuat (rosak). Dah diberitahu ttp sama juga. Adoii! Ermm tapi ok gak sejuk2 cmnih. rasa mcm kat luar negara lak. haha. teringat Kinabalu, sejuk sampai jumpa ais masa nak ke puncak.wow!* Bila la nak ke sana lagi* hehe.


** Kerja pun dah hampir settle, time kasih la mck2 dan akak yang belanja pisang goreng*** nyum.. nyum...nyum...

TQ, kerana meninjau!

Oguzhan Ozyakup

Oguzhan Ozyakup berharap berpeluang menjadi 1st-E untuk pasukan selepas membuat penampilan pertama bersama Arsenal menentang Shrewsbury Town (Carling Cup)

**Agak2 budak ni boleh ke perform macam Hampagas** :D


TQ, kerana meninjau!

Selamat Hari Guru Sedunia


Assalamualaikum,

Hari ini dengan rasa rendah dirinya dan bangga sy ingin mengucapkan selamat hari guru sedunia kepada semua guru yang telah mendidik dan memberi segala ilmu kepada saya selama ini. "Terima kasih cikgu"(nada bila habis kelas).hehe.

*Especially kepada cikgu Tadika Ar-Ridhuwaniah Seksyen 4, Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju 2, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Tidak lupa juga kepada yang sangat teristimewa kepada cikgu Mohd Sayuti Omar dan Cikgu Naimah bt Yaacob. :)) Muah*** dan juga kawan2 yg telah menjadi seorang pendidik. ;)

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, October 4, 2011

Peluang Untuk Semua Lagi



Assalamualaikum

Kepada rakan-rakan dan mereka2 yang berminat boleh la tgk kalau ada yang berkenan. :) KLIK tengok apa yang ada. Ok uoolssss..!~

**SEJUK Gilerrrr Opis ni**

TQ, kerana meninjau!

Menyambut Kelahiran


Dalam tempoh yang segera yang mungkin, anak itu perlu diazan dan diiqamatkan. Adalah sunat untuk azan di teliga kanannya, dan iqamat di telinga kirinya. Seeloknya, si bapa sendiri yang melaksanakan tugas yang ringkas, tapi penuh makna ini

Azanlah dan iqamatlah dengan penuh khusyuk, pasrah dan mengharap. Pastikan suaranya jelas, sebutannya tepat dan lebih baik lagi bersama dengan menghayatan maknanya. Sambil azan dan iqamah, bolehlah hati bapa tadi mendambakan harap agar Allah jadikan telinga, mata, lidah dan seluruh anggota anak itu dekat dengan Allah, dan jauh dari syaitan.

Rasulullah pernah bersabda:

"Siapa yang baru mendapat seorang anak, lalu diazankannya ditelinga kanan serta diiqamatkan pula ditelinga kiri, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan." (Riwayat al-Baihaqi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Tuhfatul Maudud, menyebut bahawa amalan ini mempunyai hikmat yang besar. Antaranya, ia bertujuan untuk memastikan kalimah pertama yang masuk dalam deria pendengaran anak adalah kalimah-kalimah suci. Kalimah kebesaran Allah, syahadah, serta seruan kepada solat dan kejayaan digemakan ke telinga bayi agar hikmah dan pengertiannya menyerap hingga ke lubuk kalbu si anak. Lantas anak itu menjelmakannya dalam bentuk keyakinan, dan amalan sepanjang hayatnya.

Selain itu, kalimah ini juga berperanan sebagai menghalau iblis dan syaitan. Syaitan sentiasa merancang dan mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam. Namun, azan dan iqamah amat ditakuti mereka. Maka tindakan melaungkan azan dan iqamah itu sebagai gendang perang dan amaran keras ke atas syaitan supaya dia tidak mendekati anak itu. (Sumber dari:iluvislam)

**Insha Allah, semoga dipermudahkanNya. Amin**


TQ, kerana meninjau!

Pagi Hari

Assalamualaikum

Moga pagi ini, pagi yang membahagia kalian semua.yeah. Baru lepas sarapan, bekal yang disediakan isteri tercinta. Alhamdulillah. kenyang. ;))

Semalam sempat ke pasar malam, mencari air kelapa di idam isteri. Lepas ke pasar malam lepak di Wak Lan Cafe, bersama Adam, Cha, Liza, Nadia, Syu. Hampir kul 11.oopm juga la. Best lama dah x lepak mcm tu.

** Sempat gak beraya kay umah NLMY, hehe ;)) ** terima kasih tuan rumah kerana menjamu buah mata kucing dan apam balik, air milo.

TQ, kerana meninjau!

Monday, October 3, 2011

#ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!



KLIK <--- sambil2 berblog, berFB, twit2 tu jom kita join.katanya pendapatan sampingan. Bole try,x maun pun try la gak dulu. ;) ok uollssss... selamat berchurp-churp!!
TQ, kerana meninjau!

Masitah oh masitah


** APA YANG BERADA DIFIKIRAN KITA SEKARANG? **

TQ, kerana meninjau!

Selepas rehat

Assalamualaikum

Xde apa yg nak dibuat, moh la kita berkongi cerita. Kali ini nak bercerita tentang SNK, NAAH, NLMY. Mereka ni sebahagian dari hidup la jugak. hamboi. hampir 11 tahun mengenali mereka. macam2 dah kami kongsi, time seronok, time sedih2, time gaduh2, dan mcm2 time. Alhamdulillah sampai ke saat ini, kami masih bersama dan terus berkawan. Kenal mereka sejak di bangku sekolah, dan sehingga hari ini ttp tidak lupa kenangan2 kami bersama. (yang jantan cerita lain) haha. nok cerito hok oghe tino dulu. Boleh dikatakan apa benda yg secret dorang akan becerita bertiga je. haha. tapi sampai masa sy tahu juga. :p



Selepas 11 tahun semuanya ttp sama,cuma yang berubah kehidupan masing2 agaknya lah. huhu. SNK dah pun mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidupnya MFF. Alhamdulillah. NAAH sekarang bekerja di sebuah syarikat besar, wow! Alhadulillah, x lama lagi akan mendirikan rumahtangga. NLMY pula menjadi pegawai besar juga di syarikat besar. Alahmdulillah, beliau pun akan mendirikan rumahtanggan x lama lagi.

Walaupun kami pernah berselisih faham, mengata, mengutuk, tapi semua tu bagi kami asam garam dalam sesuatu ikatan persahabatan yang terjalin dari keikhlasan dalam diri masing2.** ikhlas ke korang?? haha** semoga dengan apa yang kami ada sekarang akan dapat dikekalkan sehingga harinya. Insha Allah

** buat korang bertiga SNK,NAAH,NLMY**
yg lain cita len plak nanti ;P

TQ, kerana meninjau!

Epl 2011/12


Team aku kena lagi da... 1-2 (away)




TQ, kerana meninjau!

Jalan, Ziarah, Makan


Assalamualaikum

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Sabtu lepas sy dan isteri telah ke Rawang, melawat ami Bakar, penasihat TPG yang x berapa nak sihat. hehe. Selain isteri, sepupu merangkap kawan sekolah ku , adik ipar dan acik Edah turut serta dalam lawatan tersebut.haha. Hampir setengah hari juga la kami disana. dari petang sampai ke tengah malam. sampai2 je dihidangkan dengan sup tulang dan laksa. terima kasih tuan rumah.chefnya tidak lain tidak bukan, Umi Pah. Lebih kurang pukul 11.30 mlm baru kami semua bergerak pulang selepas kekenyangan. hahaha.

Ahad seperti biasa tempat dituju ke rumah sedara yang paling jauh, umah umi Edah. Sebelum tu sy balik singgah di rumah Wangsa Melawati, sampai di sana semuanya ke Sg. Buloh. Niat baru nak mkn tghari. hahahaha Lebih kurang pukul 3 sy dan isteri sampai di rumah umi Edah. Sampai di sana kami dihidangkan dengan rendang ayam bersama roti. layan...* *lapar kot* , haha.. selesai makan, lepas asar kami diajak ke gombak, ke rumah sedara juga. Sebelum ke rumah kami singgah di Tanah perkuburan, dimana arwah bapa sahabatku merangkap sedara, disemadikan disana. Al-Fatihah. Setelah selesai, kami terus ke rumah Jidi Omar (Pck Syed kawan ayah, MSO), kami ke sana kerana urusan nak ke Australia. Haha, gempak x bunyinya. bukan kami semua yang nak pegi, cuma umi Edah dan sedara yang belah sana je akan pergi. Wedding.

Lebih kurang pukul 7 kami bergerak pulang, tapi x pulang pun. Kami terus ke Tasik Titiwangsa.haha. Selesai Maghrib kami meneruskan aktiviti pada hari tersebut.Iaitu sesi bergambar. Hehe. penat berposing2 kami pun bergerak pulang, x pulang umah masing2 lagi. pulang ke rumah Acik Edah. di rumah, setelah berbincang utk makan malam. maka kami memutuskan utk makan domino piza malam tersebut, piza di sponsor oleh Ayie. Haha.terima kasih daun keladi. Pukul 12.00 mlm baru sampai ke rumah masing2. Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti.

** Tidak ada makan2 hari Ahad**
**Kesian isteri kepenatan, walaupun sarat ttp kuat nak berjalan2.** :))

**Pic xtvt akan diupload. Budak kecik tu Miza nicknamnya, kaknam bak kata org telok.**

TQ, kerana meninjau!

tinta sname