Monday, June 8, 2015

PERLU yang terindah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peredaran masa, bertahun-tahun sudah berlalu. Walaupun tidak segah namanya dahulu tetapi setiap perkara yang dilakukan dahulu masih dalam ingatan. Dari melakukan aktiviti, berblog, melepak, mencari ilmu, TOT, Lemak Manis dan bermacam-macam lagi yang dilakukan boleh dikatakan setiap hari setiap minggu setiap bulan kita bersama. Kini semua itu hanya tinggal kenangan tidak kira manis ataupun pahit. 


Alangkah seronoknya jika semua itu boleh dilakukan semula kini. Walaupun semua sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen masing-masing. Tidak tergambar betapa meriahnya, riuhnya apabila semua dapat berkumpul bersama. Ukhwah yang terbina selama bertahun-tahun ini jika dirapatkan semula pasti menjadi sebuah keluarga besar yang hebat.

Ex Presiden
Tapi siapa aku untuk menjadikan semua itu nyata. Huhu. Hati perasaan sememangnya payah untuk menipu. Aku percaya setiap seorang yang pernah berada, yang pernah merasa dikeji dipuji di cop suka membuli, yang pernah berjasa, berbakti di dalamnya pasti akan merasa rindu akan semua itu. Hahaha........

Pencuri makanan
Tragedi gempa di Sabah (takziah) serba sedikit mengimbau kenangan sewaktu Ekspedisi Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Tawa riang, kentut di dalam bilik, hirup kopi panas semua kenangan yang tidak dilupakan....... Banyak cerita dan kenangan yang hebat-hebat. In shaa Allah akang dikongsi.

Hai lemak manis ala amboi2
Santan kelapa ala amboi2
Cantik manis ala amboi2
Anak siapa.........

Jom gathering

TQ, kerana meninjau!

tinta sname