Thursday, September 22, 2011

Isteri


Dia seorang yang periang, kelakar dan suka ketawa. Tapi kalau sekali marah abeh meletop semuanya.haha. Tapi kadang2 bila dia naik hangin pun seronok sebab gaya dan reaksi yang betul2 bersemangat.huhu.nak2 klau bercerita tentang kisah Si Talam. Sy kenal dia dah hampir setahun dan Alhamdulillah sekarang dia tengah mengandung cahaya sulong kami, Insha Allah. Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan baik, semoga umi dan baby sentiasa sihat sentiasa.

Sepanjang pengenalan kami sy sangat gembira dan kadang2 terharu dengan pengorbanan dan segala yang diberikan. Walaupun serba kekurangan dia paham situasi tersebut, thank you sayang. ;p Kami keluarga yang bahagia. wakaka. Sepanjang pengenalan dan hidup bersama ini, baru lah kena bersih, kemas x boleh selekeh2 (tp selekeh gak, haha). Ini semua kerana dia seorang yang pengemas dan pembersih, pantang tengok kalau barang bersepah (kain baju) confirm dia akan kemas. Lepas tu kena la sy. haha.

Alhamdulillah dan syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang pandai mengemas dan memasak. Bulan puasa yang lepas cukup bermakna kerana pertama kali berpuasa bersama seorang isteri, dan tunggu isteri masak. Best!!! masakan boleh tahan taw. nak try kena dtg umah le. masakan yang paling best setakat ni masak lemak cili api meletop ala2 tpg. perghhh!! kalau kena mesti tambah nasi,walaupun dah kenyang.ye ke? :p

Itu la serba sedikit tentang seorang yang amat bermakna didalam hidup sy dikala ini, Isteriku...

*** Ketawa dia yang mahal***

TQ, kerana meninjau!

Pagi Hari



Assalamualaikum

Semoga pagi ini lebih ceria dan membuat korang lebih bersemangat dan bahagia. Baru lepas breakfast meehun goreng. Alhamdulillah. kenyang, haha.memey makin gemok la. Pagi ni sangat2 lah ceria. Sebab hari ini last kerja untuk minggu ni.Hukhukhuk. Esok cuti. Bukan saja2 cuti, tapi cuti untuk bercuti bersama family.Cuti kat mana? Itu akan diceritakan bila dah balik bercuti nanti. Misi hari ini menyiapkan kerja2 yang ada, x banyak mana pun adalah sikit. hehe.

Jom la ikuti serba sedikit apa kerja yang sy buat sekarang. Alhamdulillah sekarang saya bekerja di tempat lama sebelum ini. Di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kontrak. Cuma sekarang bahagian je tukar ke lain. Kalau dulu Bah. Sukan now Bah. Education Malaysia. Apa yang sy buat kat bahagian ini adalah lebih kepada menyemak data-data pelajar asing dan membantu membuat pengiktirafan. Hehe. Syukur kerja pun mudah xde la kata presure sangat. Alhamdulillah. :)



Kawan-kawan kat pejabat ini semuanya ok, dan ada yang dah kenal pun. Kebanyakan kat sini semua pakcik2 dan makcik2. Yang ramainya makcik2 yang semuanya sporting2. bab makan memey x perlu risau kat opis ni. Tiap-tiap hari ada yang bawa bekalan dari rumah untuk dijamukan di opis. Terima kasih kepada yang memberi, mudah-mudahan dimurahkan rezeki. Cerita pasal bos2 plak. Kat opis ini bos2 nya pun boleh dikategorikan ok! Hope semuanya akan berterusan. Insha Allah

*** Layan 'luahan hati' Kristal***
(masih berusaha mencari kerja tetap)

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, September 21, 2011

Kembali Lagi Daa...

Assalamualaikum...

Syukur kehadrat Illahi kerna dengan rahmat dan berkat dari-Nya masih sy diberi kekuatan untuk meneruskan apa yang telah ditinggalkan. Pernah terpikir sebelum ini untuk tidak lagi menge'pos' atau pun berkongsi2 idea, cerita dan apa sahaja. Bukan kerana apa, cuma 1,sebabnya malas.haha.Insha Allah moga-moga bermulanya detik ini. Sy akan kembali berblog dan berkongsi cerita ataupun idea, berita2 yg sahih dari sumber-sumber yang bole dipercayai. Insha Allah .
Selepas hampir 2 tahun mendiamkan diri dalam dunia blog memblog. So cerita pertama untuk dunia baru ini adalah lebih berkisarkan tentang apa yang terjadi selepas 2 tahun ini. Ehem..ehem... lama tidak mencoret dan melontarkan ayat-ayat manis.haha..so karat2 yang ada ni kena la dikikis perlahan-lahan. Melihat rakan-rakan yang masih bertahan dengan penulisan masing2 terdetik di dalam diri ni utuk meneruskan hajat ini. Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan bloger's yang lain.hehe.Insha Allah, blog SNAME ini akan diupdate setiap detik dan ketika ;)
Untuk perhatian semua rakan-rakan yang langsung dan tidak langsung, sy kini tidak lagi bujang dan alhamdulillah sudah pun mendirikan rumahtangga dengan isteri tercinta Sh. Nor Atika bt Syed Hussin pada tahun lepas tanggal 10 Dis 2010 di Telok Panglima Garang. Sepanjang tempoh mendiamkan diri ini juga pelbagai cerita dan berita. Insha Allah akan dititipkan semuanya di dalam blog ini. Mudah-mudahan dengan kembali berblog saya dapat memanfaatkan apa yang dikatakan kehidupan yakni segalanya yang terjadi sepanjang kita hidup di dunia yang sementara ini. Insha Allah.
*** Dulu lain sekarang lagi la lain ***


TQ, kerana meninjau!

tinta sname