Tuesday, May 22, 2012

Nasi Lemak Pupus?





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cerita ni cerita 2 hari lepas. Ahad malam. Selepas aku, isteri dan anak pulang dari rumah mak. Hehe. Ceritanya nak makan malam, oleh sebab x masak kami membuat keputusan untuk tapau je lah. Lebih kurang pukul 7 kami sampai ke rumah, lepas selesai solat semua aku turun balik untuk g beli makanan. Menu malam itu adalah nasi lemak. Macam biasa la mesti la turun bawah umah je, sebab kat bawah ada restoran dan ada jual nasi lemak. Nak di jadikan cerita kedai tu tutup plak. Aik..kata hari sabtu je tutup..ermm hampeh tul.. So bermula la pengembaraan misi mencari nasi lemak untuk makan malam diteruskan. So aku pun stat kereta dan keluar.. Ada satu tempat special depan 7e. memang superb nasi lemaknya. Dengan penuh harapan aku meneruskan langkah. Alamak..sampai2 je kat depan 7e tengok2 gerai burger je buka. Adushh sekali lagi. Mengeluh buat kali ke-2. (x elok mengeluh kan).

 Tapi semua tu tak melunturkan semangat untuk menapau nasi lemak untuk dibawa pulang.. Seterusnya aku ke Setapak.. Dimana zaman2 buang dulu lepak dengan kawan-kawan seperjuangan untuk menonton bola dan menghabiskan sisa2 malam.. Sampai je kat tempat yang dituju terus aku park keta. Dengan penuh harapan melangkah laju ke gerai yg dituju. Dari jauh dah nampak lauk-pauk..Wah menarik ni...detik di hati.. sampai2 je kat gerai tu..terus je tanya.. "Nasi lemak ada"? jawapan balas "nasi putih je dik, nasi lemak belah sana".. aduh sekali lagi.. Akak Indon tu tunjuk kedai Cina lak tuh.. ape daa... 

 Aku meneruskan langkah dan gagahkan diri..terus round sekitar uptown dan setapak x nampak pulak gerai yang jual nasi lemak.. hampir 6 7 gerai singgah semuanya xde nasi lemak.. Susah pula nak cari nasi berlemak ni yer..... merungut sendiri.. tengok jam dah 9.30. dah sejam lebih ni... xpa singgah beli pampers dulu... lepas beli pampers aku lalu satu lorong depan sekolah... ada satu gerai.. terus je aku berhentikan kereta dan order nasi 2 bungkus.. Perghhh senyumm...... 

 Aku order nasi kukus ayam dara.. Xda pun nasi lemak..... erkkk... xpa la asalkan dapat makan malam tu pun dah bersyukur... Rezeki malam tu nasi kukus... ;) 


 Nasi kukus ayam dara : pedassssss gilenya pedassss sambal tu..... kenyang..erk.. Alhamdulillah..Syukur!

Hargai semasa masih ada.


Selamat Menyambut Bulan Rejab

TQ, kerana meninjau!

Bekas isteri???



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bukan suka2 nak kenakan orang... Tapi pihak yang bertanggungjawab perlu lebih berhati-hati. Peringatan untuk semua dan diri sendiri... ;) maybe kesalahan nampak kecik.. Tapi perlu dilihat dan tidak diambil mudah. Takut2 timbul fitnah plak..

 Takbir..Selawat!!!

TQ, kerana meninjau!

tinta sname