Monday, September 26, 2011

Kuala Linggi 2011





Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan di dalam post sebelum ini (cer tengok), sy akan berkongsi cerita Family Day Habib Yusoff Al Attas, Linggi 2010. Program tersebut dijalankan minggu lepas pada 23hb-25 Sept,2011. 3 hari 2 malam yang cukup bermakna buat semua yang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Program tersebut telah diketuai oleh Ami Bakar & Umi Pah serta kuncu2nya..Hehe.sebelum program tersebut dijalankan pelbagai persiapan telah dilakukan x lupa juga meeting2 yang telah dijalankan, bagi menyusun perjalanan program agar berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baiknya.

23hb Sept 2011
Hari pertama:
Seperti yang dirancang sebelum,kami berkumpul dan bertemu di Seremban sebelum bertolak secara konvoi ke Kuala Linggi, sy dan isteri menumpang kasih umi eda utuk ke sana.haha (bajet2,x bawa keta). lebih kurang pukul 10.30 kami semua sampai di Seremban. Setelah semua dah berkumpul pukul 11.00 kami bergerak terus menuju ke destinasi iaitu chalet keluarga, kuala linggi. Sesudah sampai seperti program2 sebelum ni, apa lagi? masing2 mengankut barang2 utntuk persiapan makan tengahari dan aktiviti yang akan dijalankan selepas itu, lebih kurang pukul 2 lebih kami semua sudah pun siap makan dan menyandor, (ayat telok). Sebelah petang kami menunggu ketibaan 3 buah keta lagi, iaitu keluarga ami apo, ami syed dan biras sy dan isteri bakar & oda. :) selepas semua selesai makan dan solat, aktiviti pertama pada hari yg pertama adalah perlawanan bola tampar di antara family. setelah penat berhempas pulas, kami semua selesai bertanding lebih kurang pukul 6.30 petang, lepas tu xtvt seterusnya.mandi laut lerrr... :)

sebelah malamnya pula aktivitinya leboh kepada santai, lepas semua dah melantak. semua keluarga berkumpul sambil berkongsi cerita tentang hal masing2.macam2 cerita yang keluar,dari yang cool kepada hot, yang sedih kepada gembira,haha.borak2 punya borak semua x sedar jam dah pukul 12.00. apa lagi.semua masuk tido di rumah yang disewa yang bole memuatkan lebih kurang 30 orang.wow!!!. malam pertama juga sy mengambil keputusan untuk tido di luar di wakaf beralaskan hammock di tepi pantai. (konon2 budak outdoor) haha. memang telah menjadi kebiasaan sebenarnya.menikmati angin malam dan layanan ombak pantai di tengah2 malam. lebih kurang pukul 1 semua dah selamat tido, termasuk la saya.tiba2....jeng.jeng..haha.suspen2........................................................................................................


pukul 3.55 sy dikejutkan..alamak!!! 3 kali bunyi yang pelik tapi benar kedengaran.....sy terjaga selepas bunyi kali yang ketiga,ape lagi memberanikan diri la..tengok sekeliling..rupa2nya.............................................................................................................................wow! subahanallah!!! PENYU! besar tuuu. maybe rezeki sy pada mlm itu untuk bertemu penyu. penyu betina tu (maybe) haha.. betul2 berada di wakaf tempat saya beradu. penyu tersebut tengah cuba mengorek pasir.maybe nak bertelor, sy x membuang masa segera menelefon isteri yg tido di rumah sewa yg jarak lebih kurang 20 meter dari tmpat saya tido.hehe. telefon dengan harapan dia akan turun dan kejutkan semua orang,rupa2nya dia nak tido.haha..yela penat ibu mengandung. apa lagi saya mengambil langkah yang sangat2 drastik (sebenarnya langkah sengal)berlari ke rumah untuk mengambil kamera denga harapan bole kejut org skali. sampai je kat rumah sy mengejutkan ayie camera man,hurmmm..hampeh.. bunyi "aaarhhg ,urmmm" (org mamai) lepas tu sambung tido balik. sy tak membuang masa terus berlari kembali ke wakaf utk mengambil gambar penyu tersebut. Alhamdulillah.dapat gak snap. tapi ruginya adalah kerana flash camera penyu merasa terganggu dan selepas 10 mnit ianya terus kembali ke pantai..arghhh!!!! nasib ada bukti,tidak org kata sy bt cerita plak.haha... ***semalam bersama penyu.

24hb Spet 2011
Hari kedua:
Pagi2 dah heboh pasal penyu,hehe..lepas semua tgk gambar yang diambil,semua berbunti,ayat sama je" apsal x kejut" hurmmm..geli.hahahaha. seperti biasa makcik2 yang pakar memasak menyediakan sarapan untuk semua. selepas makan aktivit hari kedua adalah perlawanan akhir bola tampar, Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada pasukan sy gabungan hitam dan biru..yahooooooooooo!! selepas perlawanan tersebut aktiviti santai dan mandi pantai serta bermain PS2. sambil menunggu makan tengahari ada yang sempat tido dan selebihnya bersantai melayan angin pantai dan panas matahari. Selepas makan, semua family bersiap untuk acara sukaneka. Sukaneka kali ni boleh la dikatakan yang paling enjoy. ye ke? antara acara yang disediakan seperti cari suami, straw getah, tepung gula2, gelek tayar dan mcm2 lagi. Berikut senarai pemenang......

Span dan botol: Miza dan Haziq (adik2 beradik bolot hadiah)
Tepung dan gula2: Miza, Qayyum dan Ayie
Gelek Tayar: Ayie
Straw dan getah: Family Umi Edah
Sudu dan Ping Pong: Family Ami Syed
Cari Suami: Nadia & Paih
Belon dan air: Umi Bayah & Ami Idrus

** baling selipar x payah cita lah.haha***

selesai semua permainan aktiviti seterusnya biasalah mandi laut. selepas semua selasai mandi dan solat ,malam terakhir telah diadakan pertandingan karaoke dan BBQ party.haha.gempak je bunyinya. macam2 yang ada kambing, kerang, ayam dan buah2an.hampir pukul 12.00am semuanya selesai..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan semua orang kenyang dah puas berkaraoke. :)) malam terakhir sy dan beberapa yang lain dah sepakat untuk tudo lambat kerana dok asyik bermain kad. ( bajet tunggu penyu kot2 naik lagi.. :p) hampir pukul 4.30 semua orang pon tido di wakaf.malam terssebut juga hujan turun dgn lebat serta kilat, Alhandulillah, Syukur semuanya dalam keadaan baik.

25hb Sept 2011
Hari ketiga:
Seperti biasa chef2 terbaik Telok Panglima Garang menyediakan sarapan pagi untuk semua. hehe. menu pagi tersebut adalah nasi lemak.huhu.kenyang! ( ramai yang bangun lambat.hahaha) lepas bersarapan kami mengambil sedikit masa untuk mandi dan bermain bola sepak sebelum bsersiap2 untuk pulang. lebih kurang pukul 2.30 semua dah bersiap2 untuk pulang ke rumah masing.kali ni saya dan isteri menumpang kasih ami apo dan umi nawirah untuk menumpangkan kami ke Kuala Lumpur.hehe. :)) **

** Terima Kasih kepada semua yang telah memberikan komitment untuk menjalankan program yang sedemikian, semoga ianya berterusan. Thumb-up to Family Abah Hussin, Family Ami Syed, Family Ami Bakar, Family Ami Manap, Family Ami Idrus, Family Ami Apo dan Family Umi Edah. Mesti Mariiiii, OOoooo Yes, How do you do? Jeng.jeng.jenggggg..........

p/s: pic akan diupload


TQ, kerana meninjau!

3 comments:

tinta sname