Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, June 5, 2015

AbiKhalif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Impian menjadi seorang suami dan ayah serta ketua keluarga yang sempurna di mata seorang wanita mahupun anak-anak bukan sesuatu yang mudah. Setiap perkara yang kita lakukan merupakan satu titik berwarna yang kita akan corakkan di atas kain yang berwarna putih. Bagi aku, diri ini merasakan belum cukup dan masih banyak kurangnya perananku sebagai seorang suami dan ayah. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita bagi sudah cukup memadai, sudah cukup membuatkan keluarga kita gembira, sudah cukup untuk membuatkan kita semua bahagia.

Hanya Allah lebih mengetahui hati dan perasaan ini. Sungguhpon adakala ku berfikiran begitu, tetapi aku sentiasa positif dan terus berusaha untuk menjadi seorang Ketua yang sempurna. Rasa bersalah akan hadir setiap kali permintaan ataupun keinginan seorang isteri dan anak tidak dapat dipenuhi. Tetapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sentiasa memahami walaupun aku tahu dia mempunyai impiannya tersendiri. 

Muhammad Khalif Ummar
Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada walau macam mana dugaan dan ujian yang ku hadapi. Percayalah semua bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Bersangka baik selalu. Apa yang perlu dilakukan sentiasa berusaha untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai. Bersyukurlah dan Istiqomah.

Buat isteriku dan anakku semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah dan dilindungiNya selalu. Ameen. In shaa Allah, Khalif akan menjadi seorang abang hujung tahun ini. Abi mendoakan agar Umi, Khalif dan kandungan sentiasa dipelihara oleh Allah. Semoga kalian menjadi isteri yang Solehah dan anak-anak yang soleh solehah.

Maafkan Abi andai ada yang kurang. ~


TQ, kerana meninjau!

Tuesday, February 4, 2014

Bersyukur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, ada kemewahan sendiri, ada kesusahan sendiri.. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Usaha doa dan tawakal sahaja yang perlu diteruskan. Istiqomah dalam setiap perkara biar lah sedikit tetapi tetap beterusan. Bukan wang ringgit yang ku kejar..bukan harta benda yang ku idam.. tapi cukuplah sebuah keluarga yang bahagia yang bole ku bimbing hingga ke Jannah.

Setiap yang berlaku itu, harus diserap.. setiap tekanan yang datang harus dihadapi dengan senyuman. Ingat rukun iman yang ke-6. Allah itu lebih mengetahui dan Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan. tetapi jika apa kita hajati itu tercapai itu bonus yang paling besar kita perolehi. 12 bulan gaji pon x leh lawan tau.... hihi..

Alhamdulillah

VICI


TQ, kerana meninjau!

Wang Harta Saudara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mungkin apa yang nak aku coret ni realiti kehidupan dunia ini. Bila sebut harta, duit maka sinonim lah dengan saudara ataupun adik beradik. Mengimbau zaman kecik-kecik semuanya ok...semuanya happy..semuanya bersama.. Bila dah besar masing-masing dah ada keluarga sendiri..kehidupan sendiri... tetapi takan boleh lari dari saudara-saudara sendiri. Sebab itu lah ada di dunia ini selain dari harta benda.Haha..

Kenapa??? Bila pasal harta benda atau wang ringgit orang suka membuat fitnah, dengki sesama sendiri, tamak, mengungkit dan macam-macam benda negatif datang. Kalau yang positif tu jarang-jarang lah boleh dapat. Kalau positif pun sebab dapat harta banyak...Hahaha.. Kalau dapat. Puiiii...

Susah nak puaskan hati orang. walaupun saudara sendiri, susah nak bagi orang faham.. Ermm.. kalau reta yang dapat tu jutaan ringgit. Adoiii.. Sedih sedar sikit yang kita hidup di dunia ni bukan mengejar harta. berlawan sape ada harta banyak tetapi kebahagian yang hakiki yang kita nak... Kalau banyak harta..Tetapi saudara sendiri yang ditindas yang dikeji yang dihina baik xde harta lagi bagus.

Apa salahnya apa yang ada dikongsi bersama. Kalau nak berkongsi pun biarlah betul caranya biar kena dengan gayanya. Setakat berlagak macam org kaya org hebat tapi apa pun tarak tu lagi hampeh...Lumrah hidup yang senang berkekek-kekek, yang susah terus dipijak dicaci. 

Minta dijauhkan perkara2 yg melibatkan harta. Hope adik beradikku sentiasa ingt asal usul. In sha Allah berkongsi takan habis reta tu..makin bertambah... Moga Allah terus memberikan rezeki yang berganda buat keluargaku dan dia.

Kadang-kadang diam itu lebih baik...
Diam x beerti salah, berundur x beerti kalah.

Penawar

Islam itu indah 





TQ, kerana meninjau!

Sunday, July 15, 2012

Minggu Itu




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari minggu bersama isteri dan anak tercinta. Sabtu semalam ke Ampang ada mini reunion bersama kawan-kawan sekolah. Hehehe.. Ramai la juga yg pergi walaupun x cukup korum. Majlis dibuat saja-saja tapi penuh bermakna. Masing-masing bawa makanan.poklak...haha. Aku bawa sate. ada yang bawa bihun, puding, sagu, pizza, nuggets dan macam2 lagi la. terima kasih semua. x lupa juga kepada tuan punya rumah. Nad. hehe.. yang menyediakan tempat untuk berkumpul. ;). Di kesempatan semalam aku dapat jumpa kawan lama yang x jumpa. Kini dah jadi Puan. Hehehe..x kawin lagi tp dpt puan.. pelik x. Hahaha..POLIS.!

Di rumah Tok Ti

Ahad x ke mana. cuma ke rumah makcik dan ke rumah mak. Alhamdulillah heroku beransur sembuh. Makin ligat. Syukur kepada Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan kepada kawan-kawan dan keluargaku. Ameen.

Ramadhan dah nak sampai....

TQ, kerana meninjau!

Thursday, July 12, 2012

Dinner + Australia



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam balik dari keja dah plan nak makan kat luar. Dah lama x makan kat luar bersama isteri. Hehe.. Semalam jugak la pertama kali aku isteri dan anak kami Khalif kluar dinner bersama. X jauh pun dekat2 area umah. Kebetulan nak g cari ubat Khalif yang tertumpah. hihi. (my mistake k).

2 minggu lepas isteri tercinta ada ajak makan steak. Daging lembu Australia katanya. Halal bang, chef pun melayu Islam. Hehe. Gara2 penangan tgk rancangan kat tv9. Misi mencari tempat pun bermula katanya kat Setapak je. 

Kami klua rumah lepas Maghrib terus ke farmasi. Alhamdulillah ubat ada. Selesai cari ubat kami terus cari tempat makan. Hampir sejam cari tempat x jumpa2. Perut dah lapar. Hehe. Tanya isteri apa nama tempatnya. Dia kata depan ada W je. Itu je dia igt.adoiiiii.. Terpaksa jadi Pak Nujum la semalam.. Round punya round last skali round dekat area kedai baru buka dekat sangat dengan umah. tengok satu kedai ada tulis TooWooMBA Deli & Meats. Kami pun pergi dan park. Rupanya itulah kedainya..

Sentiasa sengih.. Sama sibuk dengan org makan

Kedainya x besar mana pun. Tapi sangat menarik. Hehehe.. sesuai la klau pergi ngan family. Sampai je kedai terus masuk dan duduk. Order!!! Wife order beef saya chicken chop +  wild mushroom soup.. ko ado??
Makanan Alhamdulillah superb... Semuanya sendiri buat. Pinggan Licin... Sekali lagi Khalif terkulat-kulat. Tapi dapat la juga merasa sup cendawan ujung2 lidah. Hehehe.

Alhamdulillah rezeki semalam. Sekali sekala makan kat restoran ala-ala org putih. :)) dengan lagu Koboinyerr... Belum rezeki nak ke Australia.. Makan daging lembu Australia pun jadi lah..

p/s: Ada rezeki Insha Allah dapat ke Australia boleh ziarah Boss a.k.a Hisyam Che Mat sekeluarga. :))

Musroom dah abeh tinggal steak. Si kecil berharap untuk disuap
Woooooo...

Syukur YA Allah atas rezeki yang Engkau berikan.. Ameen

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, July 11, 2012

Kenye Molek kat Al Rawsha Restoran





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Malam selasa lepas kami sekeluarga ke Restoran Alrawsha berhampiran bulatan Kg. Pandan untuk makan malam. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai gitu. Hehe. Yela big boss selalu busy. Malam tu order nasi ayam ngan kambing + kebab ayam 1. Alhamdulillah sangat mengeyangkan. Khalif jer terkulat-kulat sebab xleh nak bagi makan kambing lagi kan.hehehe. TK.

Adik bongsu layan sup
Khalif dan tante
Tisu. hehe


Semoga segala urusan Ayoh di sana dipermudahkan dan dilindungi Allah. Anakanda sekeluarga doakan.


p/s: Pic Ihsan dari tante2 Khalif. TK

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, May 22, 2012

Nasi Lemak Pupus?





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cerita ni cerita 2 hari lepas. Ahad malam. Selepas aku, isteri dan anak pulang dari rumah mak. Hehe. Ceritanya nak makan malam, oleh sebab x masak kami membuat keputusan untuk tapau je lah. Lebih kurang pukul 7 kami sampai ke rumah, lepas selesai solat semua aku turun balik untuk g beli makanan. Menu malam itu adalah nasi lemak. Macam biasa la mesti la turun bawah umah je, sebab kat bawah ada restoran dan ada jual nasi lemak. Nak di jadikan cerita kedai tu tutup plak. Aik..kata hari sabtu je tutup..ermm hampeh tul.. So bermula la pengembaraan misi mencari nasi lemak untuk makan malam diteruskan. So aku pun stat kereta dan keluar.. Ada satu tempat special depan 7e. memang superb nasi lemaknya. Dengan penuh harapan aku meneruskan langkah. Alamak..sampai2 je kat depan 7e tengok2 gerai burger je buka. Adushh sekali lagi. Mengeluh buat kali ke-2. (x elok mengeluh kan).

 Tapi semua tu tak melunturkan semangat untuk menapau nasi lemak untuk dibawa pulang.. Seterusnya aku ke Setapak.. Dimana zaman2 buang dulu lepak dengan kawan-kawan seperjuangan untuk menonton bola dan menghabiskan sisa2 malam.. Sampai je kat tempat yang dituju terus aku park keta. Dengan penuh harapan melangkah laju ke gerai yg dituju. Dari jauh dah nampak lauk-pauk..Wah menarik ni...detik di hati.. sampai2 je kat gerai tu..terus je tanya.. "Nasi lemak ada"? jawapan balas "nasi putih je dik, nasi lemak belah sana".. aduh sekali lagi.. Akak Indon tu tunjuk kedai Cina lak tuh.. ape daa... 

 Aku meneruskan langkah dan gagahkan diri..terus round sekitar uptown dan setapak x nampak pulak gerai yang jual nasi lemak.. hampir 6 7 gerai singgah semuanya xde nasi lemak.. Susah pula nak cari nasi berlemak ni yer..... merungut sendiri.. tengok jam dah 9.30. dah sejam lebih ni... xpa singgah beli pampers dulu... lepas beli pampers aku lalu satu lorong depan sekolah... ada satu gerai.. terus je aku berhentikan kereta dan order nasi 2 bungkus.. Perghhh senyumm...... 

 Aku order nasi kukus ayam dara.. Xda pun nasi lemak..... erkkk... xpa la asalkan dapat makan malam tu pun dah bersyukur... Rezeki malam tu nasi kukus... ;) 


 Nasi kukus ayam dara : pedassssss gilenya pedassss sambal tu..... kenyang..erk.. Alhamdulillah..Syukur!

Hargai semasa masih ada.


Selamat Menyambut Bulan Rejab

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, May 9, 2012

Kali ke-2 rasanya



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wah... Berwajah baru rupanya..nak buat entry baru pun x tahu nak klik kemana tadi.kahkahkah..punya la lama x menaip kat sini.. atas desakan dan teguran kali ke-2 oleh rakan seperjuangan Rembang Waktu..akhirnya..kembali la episod yg sekian lama ditinggalkan.. memblogkan diri..jgn sampai di block.. Hahahaha...

Muhammad Khalif Ummar - 4 Bulan -




TQ, kerana meninjau!

Wednesday, January 18, 2012

Sebulan berlalu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wow. Bersawang, berhabuk nampaknya.hehe.. Kerana terlalu banyak perkara2 yang perlu diutamakan. Alhamdulillah tahun baru ni semuanya berjalan dengan sempurna. Insha Allah.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh sebulan lebih nih. 1st, syukur yang teramat sgt. Kerana dikurniakan seorang cahaya mata tanggal 30hb 12 2001. Yang keduanya pula, kerja dinaikkan skit gred. Syukur rezeki anak. ;)

So, hari ni curi masa cikit nak bt entry la. hehe.. tanpa berfikir panjang taip je lah apa yang ada dalam benak fikiran sekarang ni.

** Muhammad Khalif Ummar, semoga menjadi anak yang Soleh. ;) **

p/s: semalam dok tgh layan komen2 dalam fb. ada plak geng suruh try masuk contest baby comel. hihi.. try je katanya. Ermm.. apa lagi aku try la. Hahahaha.. so korang tolong la usha2 loike2 k.. ;P hihihi.. ---> KLIK Sini (nengok Khalif, kalau xnak like pun..xpaksa)


TQ, kerana meninjau!

Thursday, December 8, 2011

2 Hari di HKL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pn Sname, dimasukkan ke Wad, HKL. Mulanya sebab baby kurang bergerak, so malam Isnin aituh lebih kurang pukul 10 mlm kami ke HKL. Lepas di check up lebih kurang pukul 1 pagi. Doktor kata kena tahan wad, rupa2nya dah ada tanda-tanda untuk bersalin. ;) kontraksi.

Pada hari tersebut juga , mcm sebelum ni kami x bawa ape2 pon barang. Ingat just nak check up, yela duenya nex week 16hb. Hehe. Jadi x standby bawa ;P apa lagi aku kena la balik datang dan dtg balik ke HKL. Esoknya baby dah bergerak cam biasa, aktif tapi kali ni Pn Sname cakap dah ada lendir yang keluar. Alamak apa plak? 1st time mana tahu derr... Doktor kata tu biasa, tanda-tanda. yela lain orang lain tandanya. Ermm so kena tahan sampai la petang semalam, kontraksi pun dah kurang Pn Sname dibenarkan pulang. :) Alhamdulillah semuanya ok. Maybe baby nak main-main. Hehe.

Syukur, semua ok, baby pun aktif mcm biasa. Now menunggu masa dan ketika je la. Hope baby bagitau umi awal-awal nanti. :)

**Semalam pergi balik nai teksi, kereta pun x sihat sangat, ;) xpe ujian semuanya, Syukur**
Terima kasih kepada Familyku dan Sepet.

TQ, kerana meninjau!

Monday, December 5, 2011

Merah ada, Kuning pun ada

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam, Dari Putrajaya ke Wangsa Maju, terus ke Sg. Buloh. Hehe. Di putrajaya pergi rumah adik, di Presint 17, baru naik rumah baru katakan, rezeki orang kahwin ;) Alhamdulillah. Aku ke sana bersama Isteri tercinta yang tgh sarat :) dan 2 orang adik aku yg kecil. Actually Sabtu tu family aku semua p, mula2 just nak dtg makan2 je. Last2 aku kata tido je lah. So ayah, mak dan adik aku yg no. 3 je balik KL. Kebetulan adik bongsuku nak naik basikal kat Taman Botani.


Sambung cita hari Ahad (semalam) sebe;ah pagi lepas semua dah brekpes seperti yang dirancang ke Taman Botani. Walaupun dah dekat 4 tahun kerja kat putrajaya, taman botani ni aku pergi sekali je, tu pun sebab ada jamuan makan.Hahaha. Semalam kira 2nd time pergi, mmg jakun la, tmpat pelawat pun aku x tahu da..bikin malu da. Tapi xpe, orang kata malu tanya sesat jalan. So, lepas dah jumpa. Kami terus pergi ke kaunter untuk sewa basikal. Uhukuhuk, nasib x menyebelahi kami, basikal semua abeh. Cuma tinggal yang budak2 je, (tapi aku tgk belambak je) ermmm, kena tukar plan sebelum kejadian rajuk merajuk terjadi. Bowling la, cmner? kata aku. Hehe yang lain ok je, tapi yang penting persetujuan adik bongsu. Dia angguk. Kira setuju. hehe. Sebelum ke Alamanda kami ambil peluang berjalan di Canopy Walk way, juat memenatkan dan mengpeluhkan diri. cet~ Ingatkan menarik.

Sampai di Alamanda, terus ke bowling. Tu dia. semua kaler Oren, rupanya ada tournament, sekali hasrat terbatas. Hihihi. Kali ini semua ambil keputusan balik umah. Hahahaha. Otw nak balik ke rumah mak kol. Katanya balik KL sebab ayah nak ke Sg Buloh. So apa lagi kami semua terus ke sana dengan adik dan suaminya pun ikut sekali. Lebih kurang pukul 2 kami sampai di Wangsa Maju, lepas solat Zuhur terus ke Sg Buloh, kali ni semua ada, kira 1 big family lah. Sampai di Lorong Gajah, Payajaras. Kami tengok banyak gilerr rambutan. Hehe... Misi kami sebenarnya ke sana petik buah rambutan. wow!! seronok2.. Semua melibatkan diri. Isteriku yang sarat pun sama. Hehe. Lepas semua dah berpuas hati dengan hasil kutipan, kami layan minum air kelapa plak dengan pisang goreng dan kuew tiaw. Perghh.. Best. Pukul 6 bertolak pulang. ;)))

TQ, kerana meninjau!

Monday, November 21, 2011

Selesai, Alhamdulillah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali jer

Takliq

Mak dan adik-adik (bongsu kat rumah daa)

Wangsa Melawati

Ku Li

MC dan isteri

Alhamdulillah, segalanya telah selesai dengan sempurna dan jayanya. Tahniah kepada Kheri dan Ernny (adik) yang telah bergelar suami isteri. Syukur majlis akad nikah yang berlangsung pagi Sabtu yang lepas selamat disempurnakan, dinikahi sendiri oleh ayah ku MSO. ;) 1st time tu. hihi. Selepas selesai, tengahari majlis resepsi diadakan di rumah Wangsa Melawati, tetamu2 yang hadir tidak putus2 VIP2 yang dijemput juga turut hadir bagi meraikan kedua2 mempelai. Syukur Alhamdulillah cuaca juga baik.

Terima kasih kepada tenaga2 kerja yang telah menjayakan majlis yang serba sederhana ini, :) hehe.

** Tapi ada juga yg menyakitkan hati, nenek sedara plak kena ragut time nak g sembahyang. kurang ajar betul 2 ekor mamat tu.** Nasib korang baik hari tu, maybe x baik utk hari2 yg mendatang. Insya Allah

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, November 15, 2011

Aktiviti Minggu Lepas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hehe. Insha Allah Disember

Malaysia vs Kemboja - Sukan SEA

Bowling -Wangsa Walk

Karaoke bersama artis jemputan Amelina

Kejadian ini semua hari Ahad, Sabtu aku ke Tanjung Malim bersama Adam dan kawan2 yang lain ke majlis resepsi John @ Hazriq dan Mira.
** Minggu ini fokus untuk majlis pernikahan dan resepsi adikku Ernny. hehe **
Yang di jemput hadirkan2 diri ek, hihi. kambing + lembu malam Jumaat oit, tapi kerja mesti mau buat. ;p
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna, Insha Allah. Amin.....



TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 10, 2011

Musimnya Tiba Lagi (Kopak!!!)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

11 Disember 2010 -Telok Panglima Garang

Musim apa ye? musim orang mendirikan masjid, Alhamdulillah. Start minggu ni sampai la ke bulan 12 Insha Allah. Tak putus2 jemputan ke majlis resepsi kawan-kawan. 12hb ke Tanjung Malim, sahabatku John Hazriq dan pasangan Mira Insha Allah keesokan harinya 13hb pula di Shah Alam kawan tempat kerja lama Kerul dan pasangan. Next week 19hb.. hehe adikku Ernny yang no 2 akan menamatkan zaman bujangnnya, dengan pasangannya yang dikenali sejak bangku sekolah Keri, haha adik ipor tu! Esoknya pula 20hb dapat jemputan di Kelana Jaya, anak boss lama pula yang kawin. Next 2 week 26hb sepupu belah isteriku bertunang. :) Telok Panglima Garang! Esoknnya keluargaku ke Kuala Berang untuk majlis sambut menantu. Na na na Ganu kiterr...

Syukur, Alhamdulillah
**Moga2 semuanya diberkati dan dirahmati Allah. Amin**

Kopak!!! Kompang..pang2 kebomm3 pang pang2 keboomm3.. Haha macam mercun daaa

TQ, kerana meninjau!

Monday, October 31, 2011

Hari demi Hari , Bulan demi Bulan

assalamualaikum

Menghitung hari, banyak perkara yang bakal datang nanti. Kini dah nak masuk bulan November, banyak perkara yang akan dibuat dalam bulan November nanti. Pertama2nya, tadi baru dapat kol dari IJN, mertuaku kena bt angiogram. Keduanya kenduri yang berlangsung pada 19hb ni. Ketiganya 23hb ni kena ambil ujian. Insha Allah mudah2 an semua dipermudahkanNya. Mulai bulan depan juga kena g check-up setiap 2 minggu (ujung bulan 10 dah stat). hehe. Alhamdulillah

* Rezeki Allah ada di mana2 sahaja, kita terus usaha dan berusaha. ;) * Percaya.

Tahniah bt Arsenal,ngeh3. Kalahkan team ditempat lawan Chelsea ke? 3-5 wow!





TQ, kerana meninjau!

Monday, October 17, 2011

Kenduri+Minum-minum


Assalamualaikum,

Hujung minggu yang penuh dengan xtvt. Sabtu ke kenduri kahwin di Nilai bersama atok, pakcik makcik sepupu sebelah mertua. Sambil menyelam minum air, selesai je makan kenduri terus ke Nilai 3, tgk2 barang. Niat nak tengok2 terus jadi pembelian besar-besaran, haha. Karpet oh karpet. Punya la susah nak mengayat Pakistanis yang jual karpet tuh. Huh! Sebelum balik ke TPG layan dulu air kelapa. Perghh mantap, Kelapa Pandan.



Ahad, ke Sungai Buloh bersama kawan2 di UiTM. Meraikan majlis perkahwinan Baom dan pasangan. Walaupun hujan lebat, majlis tetap meriah. Alhamdulillah. Syukur, moga diberkati dan kekal hingga akhir hayat. :)



** Orang Kuantan dan pasangan pun ada, hope semuanya ok,hihi**
*Baju kurung dah siap untuk bulan 11, tapi baju melayu blum lagi ni..adoii!*
Arsenal menang yahooo...!!!

TQ, kerana meninjau!

Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah -Syukur Ya Allah-

Assalamualaikum,

Semalam kena EL 1 hari, sebab apa ye? "En Elham, awak amik ni g daftar ye, isteri kena masuk wad". "Ha? ye ke". Tanpa membuang masa terus je p daftar. Pagi 13hb pukul 12.45 tetiba Ika bangun, katanya sesak, badan penat sangat. Sy pun bingkas bangun terus ambil segelas air dan suruh isteri bangun berjalan. Kot2 boleh tenangkan dia skit. Alih2 x boleh juga. Tanpa buang masa suruh dia siap, dan kami segera ke HKL. Lebih kurang pukul 1.30 kami sampai dan Ika terus masuk ke bilik untk di check-up. Hampir 2 jam juga lah. Sampai sy pun dah naik menngantuk + bosan (sorang2 kot) hihi. Itu lah pengorbanan. :) Selesai check up, dipanggil oleh nurse. Ingat dah boleh balik, rupanya kena daftar masuk wad.

Nak xnak kena la juga, selesai daftar. Terus Ika dibawa ke tingkat 3. Dapat katil no.6 ngam2 paling tepi. Ok la tu. Hehehe. Persiapan memang xde la. Kami datang memang untuk check je. Tak tahu pula kena tahan, So sy lah yang kena sediakan barang2. Lebih kurang pukul 4 sampai di rumah, siap2 dapat la tido kejap.haha. Janji ngan ika nak datang pukul 8.00 pagi hantar barang keperluan. Semalam 3 kali juga la ke hospital, pertama hantar barang, kedua waktu melawat tengahari, ketiga sebelah petang.

Tapi belum sempat nak ke sebelah petang sy dapat msg, "Abg dah boleh balik, doc kata darah normal :) " . Alhamdulillah rupanya dah boleh keluar. Apa lagi terus je ke HKL buat bayaran, kami pun balik. Syukur semuanya ok. :))

**Terima kasih kepada Mak, Pn Naimah yang menyediakan makan tghari, Eslah & Eja yang sempat pergi melawat. Hehe, X lupa keluarga dan keluarga mertua serta rakan2 yang mendoakan kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan mudah2an kalian di RahmatiNya. Amin.**

Insya Allah, Disember ini :)

TQ, kerana meninjau!

Friday, October 7, 2011

Alhamdulillah Setel (check up)

Assalamualaikum,

Baru selesai check up baby ngan uminya, di GH. Semuanya ok, cuma kena suntikan sebab darah x sama. :)) Insha Allah semuanya ok. Tadi pun dah scan baby, dan pegawai yang scan tu ada cakap jantinanya. :)) x kisah la boy or girl, yang penting sihat, sempurna, cukup sifat bak kata makcik nurse yang baik hati tu td. Insha Allah.

**Pengalaman pertama dalam hidup ni, :)) hope semuanya berjalan dengan sempurna, Insha Allah doakan kami sekeluarga.**

TQ, kerana meninjau!

Thursday, October 6, 2011

Check up

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah selesai check up pukul 3 tadi. Semuanya ok, hari ini kena amik darah n kena cucuk lagi. Mulai esok Ika dah kena kira pergerakan baby. Esok juga pagi2 dah kena siap sebab ada 1 lagi check up kat GH. :)) Insha Allah esok scan skali.

** Mudah2an semuanya ok, (esok result darah skali) Insha Allah, Amin**
TQ, kerana meninjau!

2 kali Check up (Half day, Coootiiiiiie)

Assalamualaikum,

Half day. Today. Yihaaaa. Bukan saja-saja pun nak separuh hari, hari ini ada tugas yang lebih besar, iaitu membawa isteri ke klinik untuk check up. :)) Appnment dalam kul 2.pm. So tengahari ni bole chow. Huhu..

Esok plak cuti, hehe. sekali lagi bawa ma wife untuk check up. Kali ni kat GH plak. Kuala Lumpur.
Sebab minta cuti, appnmentnya pukul 8.30 pagi. "Ya Allah permudahkan segalanya"


*** Hope semuanya ok, umi n baby.. Doakan kami. Insha Allah *** ;))


TQ, kerana meninjau!

tinta sname