Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, June 8, 2015

PERLU yang terindah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peredaran masa, bertahun-tahun sudah berlalu. Walaupun tidak segah namanya dahulu tetapi setiap perkara yang dilakukan dahulu masih dalam ingatan. Dari melakukan aktiviti, berblog, melepak, mencari ilmu, TOT, Lemak Manis dan bermacam-macam lagi yang dilakukan boleh dikatakan setiap hari setiap minggu setiap bulan kita bersama. Kini semua itu hanya tinggal kenangan tidak kira manis ataupun pahit. 


Alangkah seronoknya jika semua itu boleh dilakukan semula kini. Walaupun semua sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen masing-masing. Tidak tergambar betapa meriahnya, riuhnya apabila semua dapat berkumpul bersama. Ukhwah yang terbina selama bertahun-tahun ini jika dirapatkan semula pasti menjadi sebuah keluarga besar yang hebat.

Ex Presiden
Tapi siapa aku untuk menjadikan semua itu nyata. Huhu. Hati perasaan sememangnya payah untuk menipu. Aku percaya setiap seorang yang pernah berada, yang pernah merasa dikeji dipuji di cop suka membuli, yang pernah berjasa, berbakti di dalamnya pasti akan merasa rindu akan semua itu. Hahaha........

Pencuri makanan
Tragedi gempa di Sabah (takziah) serba sedikit mengimbau kenangan sewaktu Ekspedisi Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Tawa riang, kentut di dalam bilik, hirup kopi panas semua kenangan yang tidak dilupakan....... Banyak cerita dan kenangan yang hebat-hebat. In shaa Allah akang dikongsi.

Hai lemak manis ala amboi2
Santan kelapa ala amboi2
Cantik manis ala amboi2
Anak siapa.........

Jom gathering

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, June 3, 2015

Tetap

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi setelah setahun tidak menjenguk blog aku. Masih elok. Hehe. Impian akhirnya menjadi kenyataan pada awal 2015. Akhirnya aku berjaya mendapat tawaran lantikan tetap. Syukur Alhamdulillah. Rasa rindu nak berblog, semacam ada yang perlu dikongsi. Haha. Harapanku agar aku sentiasa Istiqomah dalam melakukan apa jua perkara. 
Biarlah sedikit tetapi berterusan.


p/s: Arsenal menang FA Cup 



TQ, kerana meninjau!

Tuesday, February 4, 2014

Bersyukur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, ada kemewahan sendiri, ada kesusahan sendiri.. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Usaha doa dan tawakal sahaja yang perlu diteruskan. Istiqomah dalam setiap perkara biar lah sedikit tetapi tetap beterusan. Bukan wang ringgit yang ku kejar..bukan harta benda yang ku idam.. tapi cukuplah sebuah keluarga yang bahagia yang bole ku bimbing hingga ke Jannah.

Setiap yang berlaku itu, harus diserap.. setiap tekanan yang datang harus dihadapi dengan senyuman. Ingat rukun iman yang ke-6. Allah itu lebih mengetahui dan Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan. tetapi jika apa kita hajati itu tercapai itu bonus yang paling besar kita perolehi. 12 bulan gaji pon x leh lawan tau.... hihi..

Alhamdulillah

VICI


TQ, kerana meninjau!

Thursday, April 11, 2013

Undi adalah rahsia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Macam biasa la kalau dah lama x update blog. Hahaha. Bersawang. Banyak benda yang dikongsi tapi macam malas pula nak dikongsi. Hihi. Pejam celik dah masuk 3 tahun usia perkahwinan aku ngan isteri tersayang. Alhamdulillah. Hero pun dah masuk 2 tahun kalau ikut tahun la. Sekarang 1 tahun 4 bulan. Apa yang menarik hari ini adalah tentang PRU13. Macam biasa la kalau dah bubar parlimen tarikh PUR pon dah tahu maka kesibukan akan melanda mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam politik ni. Tempiasnya juga dapat dirasai juga oleh semua rakyat Malaysia termasuk la aku. Hahaha.

Sebagai seorang rakyat Malaysia mesti la aku nak semuanya baik-baik belaka. mana ada orang yang xnak kan keamanan dan kesejahteraan. Ciss... Ada ke orang mcm tu?? Apa-apa pun yang berlaku biarlah semuanya adil dan bersih. X kisah la sokong apa pun tapi perlu igt pemimpin macam mana yang kita nak dan organisasi yang macam mana kita nak ikut.

Selamat mengundi kepada semua :) bulan terang di malam hari


Islam itu indah 

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, July 17, 2012

Salam Perpisahan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga BPPA terutama kepada Pengarah, Prof. Sharin di atas kepercayaan yang diberikan selama ini. Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang bermula pasti berakhir. Saya percaya setiap insan itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika ada yang terkurang atau terlebih sepanjang saya berada di BPPA. Banyak ilmu dan pengetahuan yg saya perolehi. Tidak kurang juga pengalaman yg saya dapat. Saya telah memberikan yang terbaik dan yang termampu. Walau bagaimanapun terasa sangat sayang utk meninggalkan rakan-rakan PSH dan kakak-kakak PT . ;) Apa-apa pun perjuangan tetap perlu diteruskan. Di harap rakan-rakan yg lain dapat meneruskan komitmen dan memberi yang terbaik utk BPPA. Mungkin sampai di sini sahaja khidmat saya diperlukan. Saya juga berharap BPPA akan mendapat pengganti saya yang lebih baik dan lebih komited. Insha Allah. 

Semoga semuanya maju jaya…… Seorang pemimpin yang baik tidak akan mengabaikan anak buahnya sebaliknya berusaha membantu mana yang terdaya.

“Apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hendaknya kamu menghukum dengan adil.” (Surah An Nisa’ ayat 58) 

Saya terima dan redha dengan apa yang telah ditetapkan. ;) Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terkasar bahasa dalam gurauan ataupun percakapan serta perbuatan. Halalkan makan dan minum saya. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yg khilaf itu dari diri saya sendiri. 

Ular Menyusur Akar , Tak Akan Hilang Bisanya.. Saya doakan moga BPPA terus maju, maju dan maju jaya. Insha Allah kalau ada rezeki dan panjang umur, kita semua akan berjumpa lagi. ;) 

Islam itu Indah 
Allahu Akbar!!! 
Wallahualam…
Gambar Ihsan dari Nurul - Kawan dan Kakak BPPA

p/s: Itu pun ada plak yg terasa :) hmmm....

Surat ni bertarikh 5 Julai 2012

TQ, kerana meninjau!

Pintu ke Aku



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi-pagi dah berjoging..huhu. Turun groundfloor lari naik P2 lak..adehhh.. ni semua gara-gara pintu yg x berfungsi.. nak kata kad expired aku nengok org lain pun xleh gak kua.huh! 

Disebabkan itu juga aku tertinggal bus daa... dah 2 kali dalam masa seminggu. ayoyo. Terpaksa la naik LRT + ERL. 

Oleh kerana tertinggal bas aku pun lambat lah ke opis. MERAH. Xpa la. anggap itu semua dugaan di pagi hari. :) yang penting selamat sampai. Sampai je kat opis hari ini, terus ke kafa beli nasi lemak ayam seketul. Alhamdulillah kenyang. Lambat hari ini kerana pintu, nak salahkan pintu pun x bole.klau bangun kul 5.30 td Insha Allah semuanya berjalan lancar. Klau pintu xleh buka ada masa lagi nak terkedek-kedek kan.hihi. Padan muka aku la!

* Aku rasa telinga aku belah kiri ni cam ada jerawat lak. Rasa x selesa lerr..



TQ, kerana meninjau!

Wednesday, July 11, 2012

Ya Marhaban




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Marhaban ya marhaban. Penah dengar ikut-ikut mcm tu je la.. ermm sedihkan... Kali ni diberi peluang.. Peluang yang agak berat juga la yang diambil. Tapi x salah untuk mencuba dan praktikan. Insha Allah aku akan mewakili KPT utk pertandingan Marhaban sempena Menyambut Ramadhan. ;p

Bermulanya cerita tiba-tiba bole nak msuk pertandingan ni berlaku secara tidak sengaja. Maybe terpanngil untuk ke sana. Wallahualam. Hari ujibakat nasyid - marhaban KPT aku saja2 turun nak tengok ramai ke idak. alih2 aku dipanggil. Hehe. tanpa segan silu terus je la nyanyi. hahaha lagu saujana keluarga bahagian lak tuh. kikiki.

Esoknya dapat kol. terpilih. haha.. mmg la terpilih klau dah pergi ujibakatnya x sampai 10 org. apapun tahniah juga la pada diri sendiri dan yang lain.Bermula la lathian. sehingga hari ini yang ada cuma 4 ORANG.. sedihkan syabas utk group perempuan kita cukup la kumpulan tu . siap hantar 2 lagi nasyid dan marhaban.

Apa yang aku nampak kat sini mungkin kurangnya promosi atau lebih keras skit kesedaran. :) Xpa kita berfikiran positif. Maybe kebanyakan sibuk dengan kerja. Tapi bagi aku apa salahnye turun. secara x langsung kita bole berselawat dan memartabatkan lagi ISLAM. tegur klau aku salah. sedih sedar skit. patut aktiviti2 yang mcm ni patut kita join..hmm latihan pun fleksibel. 2 jam je pun. dunia kita kejar akhirat kita tinggal..JANGAN.. nauzubillah...

Perjuangan mesti diteruskan.. walaupun kini tinggal 4 kena cari lagi sekurang2nya 2 org. minimum untuk bertanding. klau x dapat nak bertanding pun xpa la. sekurang2nya aku dapat ilmu yg bole dimanfaatkan.
:))



TQ, kerana meninjau!

Tempat baru selepas 6 Bulan




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kat mana-mana pun sama, yang penting kita pandai bawa diri dan sesuaikan diri. Dah hampir 2 minggu bertukar bahagian. Setiap kali jumpa kawan-kawan di bahagian lama semuanya tanya. Soalan yg sama. " Macam mana tempat baru ok ke?". Aku mampu tersenyum jer lah. Jawapan ringkas dan padat. "ok jer", Alhamdulillah.

 Setelah hampir 6 bulan di BPPA banyak ilmu dan pengalaman yang berbeza yang aku dapat. Biasa lah lain padang lain belalangnya. Hehehe. Kita sebagai manusia harus sedar setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan senang kita nak puaskan hati semua pihak. Igt pesan ayah, kita kerja makan gaji mcm ni kita kena igt kita ada boss. kena ikut ckp boss. Tapi ikut biarlah dengan rasional. :) apa yang terjadi tidak perlu dihuraikan kerana itu asam garam dalam bekerja. Rezeki takan datang bergolek tanpa usaha.

 Dan ingat rezeki itu Allah yang kurniakan bukan manusia. Bersabar terima dengan redha. Think positif anggap ianya cabaran dan kekuatan untuk terus memajukan diri pada masa akan datang. 

 Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya. 

 Insha Allah Oktober menanti... 

 Ramadhan dalam perjalanan...



TQ, kerana meninjau!

Tuesday, May 22, 2012

Nasi Lemak Pupus?





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cerita ni cerita 2 hari lepas. Ahad malam. Selepas aku, isteri dan anak pulang dari rumah mak. Hehe. Ceritanya nak makan malam, oleh sebab x masak kami membuat keputusan untuk tapau je lah. Lebih kurang pukul 7 kami sampai ke rumah, lepas selesai solat semua aku turun balik untuk g beli makanan. Menu malam itu adalah nasi lemak. Macam biasa la mesti la turun bawah umah je, sebab kat bawah ada restoran dan ada jual nasi lemak. Nak di jadikan cerita kedai tu tutup plak. Aik..kata hari sabtu je tutup..ermm hampeh tul.. So bermula la pengembaraan misi mencari nasi lemak untuk makan malam diteruskan. So aku pun stat kereta dan keluar.. Ada satu tempat special depan 7e. memang superb nasi lemaknya. Dengan penuh harapan aku meneruskan langkah. Alamak..sampai2 je kat depan 7e tengok2 gerai burger je buka. Adushh sekali lagi. Mengeluh buat kali ke-2. (x elok mengeluh kan).

 Tapi semua tu tak melunturkan semangat untuk menapau nasi lemak untuk dibawa pulang.. Seterusnya aku ke Setapak.. Dimana zaman2 buang dulu lepak dengan kawan-kawan seperjuangan untuk menonton bola dan menghabiskan sisa2 malam.. Sampai je kat tempat yang dituju terus aku park keta. Dengan penuh harapan melangkah laju ke gerai yg dituju. Dari jauh dah nampak lauk-pauk..Wah menarik ni...detik di hati.. sampai2 je kat gerai tu..terus je tanya.. "Nasi lemak ada"? jawapan balas "nasi putih je dik, nasi lemak belah sana".. aduh sekali lagi.. Akak Indon tu tunjuk kedai Cina lak tuh.. ape daa... 

 Aku meneruskan langkah dan gagahkan diri..terus round sekitar uptown dan setapak x nampak pulak gerai yang jual nasi lemak.. hampir 6 7 gerai singgah semuanya xde nasi lemak.. Susah pula nak cari nasi berlemak ni yer..... merungut sendiri.. tengok jam dah 9.30. dah sejam lebih ni... xpa singgah beli pampers dulu... lepas beli pampers aku lalu satu lorong depan sekolah... ada satu gerai.. terus je aku berhentikan kereta dan order nasi 2 bungkus.. Perghhh senyumm...... 

 Aku order nasi kukus ayam dara.. Xda pun nasi lemak..... erkkk... xpa la asalkan dapat makan malam tu pun dah bersyukur... Rezeki malam tu nasi kukus... ;) 


 Nasi kukus ayam dara : pedassssss gilenya pedassss sambal tu..... kenyang..erk.. Alhamdulillah..Syukur!

Hargai semasa masih ada.


Selamat Menyambut Bulan Rejab

TQ, kerana meninjau!

Bekas isteri???



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bukan suka2 nak kenakan orang... Tapi pihak yang bertanggungjawab perlu lebih berhati-hati. Peringatan untuk semua dan diri sendiri... ;) maybe kesalahan nampak kecik.. Tapi perlu dilihat dan tidak diambil mudah. Takut2 timbul fitnah plak..

 Takbir..Selawat!!!

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, May 9, 2012

Kali ke-2 rasanya



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wah... Berwajah baru rupanya..nak buat entry baru pun x tahu nak klik kemana tadi.kahkahkah..punya la lama x menaip kat sini.. atas desakan dan teguran kali ke-2 oleh rakan seperjuangan Rembang Waktu..akhirnya..kembali la episod yg sekian lama ditinggalkan.. memblogkan diri..jgn sampai di block.. Hahahaha...

Muhammad Khalif Ummar - 4 Bulan -




TQ, kerana meninjau!

Wednesday, January 18, 2012

Sebulan berlalu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wow. Bersawang, berhabuk nampaknya.hehe.. Kerana terlalu banyak perkara2 yang perlu diutamakan. Alhamdulillah tahun baru ni semuanya berjalan dengan sempurna. Insha Allah.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh sebulan lebih nih. 1st, syukur yang teramat sgt. Kerana dikurniakan seorang cahaya mata tanggal 30hb 12 2001. Yang keduanya pula, kerja dinaikkan skit gred. Syukur rezeki anak. ;)

So, hari ni curi masa cikit nak bt entry la. hehe.. tanpa berfikir panjang taip je lah apa yang ada dalam benak fikiran sekarang ni.

** Muhammad Khalif Ummar, semoga menjadi anak yang Soleh. ;) **

p/s: semalam dok tgh layan komen2 dalam fb. ada plak geng suruh try masuk contest baby comel. hihi.. try je katanya. Ermm.. apa lagi aku try la. Hahahaha.. so korang tolong la usha2 loike2 k.. ;P hihihi.. ---> KLIK Sini (nengok Khalif, kalau xnak like pun..xpaksa)


TQ, kerana meninjau!

Wednesday, December 21, 2011

Penguin di Petronas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mesti seronok kalau jumpa penguin di Malaysia.. wow! amazing... :))

TQ, kerana meninjau!

Monday, December 5, 2011

Pilihanraya Umum 13 bila da???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KLIK PADA GAMBAR UNTUK SEMAK NAMA

Insha Allah, Tahun depan akan diadakan PRU ke-13, maybe perkara ini di pandang remeh oleh sesetengah orang. Ala, mengundi je pun, bukan apa2 pun. Hehe. Itu la silap kita. Disebabkan kita mungkin kurangnya 1 undi untuk memilih pemimpin yang bole memimpin dan mentadbir negara kita Malaysia. Itu adalah tanggungjawab kita sebenarnya, untuk memilih mereka yang beribawa untuk mentadbir negara. Biarlah bersih atau tidak, yang penting tanggungjawab kita kena buat. kalau rasa x betul kita kena betulkan.

** Dulu lain, sekarang lagi la lain** Undi jangan ikut orang, sebelum undi fikir dulu, renung2kan. Tidak nanti termenung di kemudian hari ;))

Seronok time mengundi nanti, wow!!! Sape yang 1st time tu rasakan.. Hahahaha.

Kepada yang BELUM berdaftar, cepat2 la!!! Tidak rugi,

UNDI ADALAH RAHSIA

TQ, kerana meninjau!

Merah ada, Kuning pun ada

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam, Dari Putrajaya ke Wangsa Maju, terus ke Sg. Buloh. Hehe. Di putrajaya pergi rumah adik, di Presint 17, baru naik rumah baru katakan, rezeki orang kahwin ;) Alhamdulillah. Aku ke sana bersama Isteri tercinta yang tgh sarat :) dan 2 orang adik aku yg kecil. Actually Sabtu tu family aku semua p, mula2 just nak dtg makan2 je. Last2 aku kata tido je lah. So ayah, mak dan adik aku yg no. 3 je balik KL. Kebetulan adik bongsuku nak naik basikal kat Taman Botani.


Sambung cita hari Ahad (semalam) sebe;ah pagi lepas semua dah brekpes seperti yang dirancang ke Taman Botani. Walaupun dah dekat 4 tahun kerja kat putrajaya, taman botani ni aku pergi sekali je, tu pun sebab ada jamuan makan.Hahaha. Semalam kira 2nd time pergi, mmg jakun la, tmpat pelawat pun aku x tahu da..bikin malu da. Tapi xpe, orang kata malu tanya sesat jalan. So, lepas dah jumpa. Kami terus pergi ke kaunter untuk sewa basikal. Uhukuhuk, nasib x menyebelahi kami, basikal semua abeh. Cuma tinggal yang budak2 je, (tapi aku tgk belambak je) ermmm, kena tukar plan sebelum kejadian rajuk merajuk terjadi. Bowling la, cmner? kata aku. Hehe yang lain ok je, tapi yang penting persetujuan adik bongsu. Dia angguk. Kira setuju. hehe. Sebelum ke Alamanda kami ambil peluang berjalan di Canopy Walk way, juat memenatkan dan mengpeluhkan diri. cet~ Ingatkan menarik.

Sampai di Alamanda, terus ke bowling. Tu dia. semua kaler Oren, rupanya ada tournament, sekali hasrat terbatas. Hihihi. Kali ini semua ambil keputusan balik umah. Hahahaha. Otw nak balik ke rumah mak kol. Katanya balik KL sebab ayah nak ke Sg Buloh. So apa lagi kami semua terus ke sana dengan adik dan suaminya pun ikut sekali. Lebih kurang pukul 2 kami sampai di Wangsa Maju, lepas solat Zuhur terus ke Sg Buloh, kali ni semua ada, kira 1 big family lah. Sampai di Lorong Gajah, Payajaras. Kami tengok banyak gilerr rambutan. Hehe... Misi kami sebenarnya ke sana petik buah rambutan. wow!! seronok2.. Semua melibatkan diri. Isteriku yang sarat pun sama. Hehe. Lepas semua dah berpuas hati dengan hasil kutipan, kami layan minum air kelapa plak dengan pisang goreng dan kuew tiaw. Perghh.. Best. Pukul 6 bertolak pulang. ;)))

TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 24, 2011

2 Gol lagi??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekali lagi, wow RVP... amazing... Chelsick??? Ermmm Bertambah2 duka dan luka..Tapi Lukaku je rileks..

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, November 22, 2011

Ku hanya mampu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Usaha, Doa, Tawakal

TQ, kerana meninjau!

Monday, November 21, 2011

Kepada yang dah lama x balik kampung

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada mereka-mereka yang lama dah x balik kampung. Haha. Cuti sekolah dah bermula, bole la pulang ke kampung tengok atok nenek yang masih ada. :) Kalu kelik klate, berhati2 slow n steady deh. Kalau yang dah lupa jalan balik tu, search je google mape. Hahaha.


TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 17, 2011

Paparazi Shot, Justin Bieber Makan Nasi Lemak Kat Warung Satay Anuar Kuala Kangsar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi2 dah email, buka2 jer dapat lak pic2 hot ni. Bukan senang nak jumoa artis camni. Jarang2 dapat jumpa kot. Huahuahua



Justin Bibir

Ini pic bonus, pon jarang2 kita jumpa. Bertuah betul siapa yg snap pic nih. haha. sengal!

Banjir di Thailand


TQ, kerana meninjau!

Wednesday, November 16, 2011

Insha Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Esok result UPSR adik yang bongsu akan dikeluarkan, mudah2 an semuanya berjaya dan berjalan dengan lancar. Insha Allah moga dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Segalanya yang bakal dihadapi dan ditempuhi. Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.

Biarkan masa yang menentukan, apa yang penting usaha, doa dan terus berdoa serta tawakal. Insha Allah

TQ, kerana meninjau!

tinta sname