Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Monday, June 8, 2015

PERLU yang terindah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peredaran masa, bertahun-tahun sudah berlalu. Walaupun tidak segah namanya dahulu tetapi setiap perkara yang dilakukan dahulu masih dalam ingatan. Dari melakukan aktiviti, berblog, melepak, mencari ilmu, TOT, Lemak Manis dan bermacam-macam lagi yang dilakukan boleh dikatakan setiap hari setiap minggu setiap bulan kita bersama. Kini semua itu hanya tinggal kenangan tidak kira manis ataupun pahit. 


Alangkah seronoknya jika semua itu boleh dilakukan semula kini. Walaupun semua sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen masing-masing. Tidak tergambar betapa meriahnya, riuhnya apabila semua dapat berkumpul bersama. Ukhwah yang terbina selama bertahun-tahun ini jika dirapatkan semula pasti menjadi sebuah keluarga besar yang hebat.

Ex Presiden
Tapi siapa aku untuk menjadikan semua itu nyata. Huhu. Hati perasaan sememangnya payah untuk menipu. Aku percaya setiap seorang yang pernah berada, yang pernah merasa dikeji dipuji di cop suka membuli, yang pernah berjasa, berbakti di dalamnya pasti akan merasa rindu akan semua itu. Hahaha........

Pencuri makanan
Tragedi gempa di Sabah (takziah) serba sedikit mengimbau kenangan sewaktu Ekspedisi Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Tawa riang, kentut di dalam bilik, hirup kopi panas semua kenangan yang tidak dilupakan....... Banyak cerita dan kenangan yang hebat-hebat. In shaa Allah akang dikongsi.

Hai lemak manis ala amboi2
Santan kelapa ala amboi2
Cantik manis ala amboi2
Anak siapa.........

Jom gathering

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, February 4, 2014

Bersyukur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, ada kemewahan sendiri, ada kesusahan sendiri.. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Usaha doa dan tawakal sahaja yang perlu diteruskan. Istiqomah dalam setiap perkara biar lah sedikit tetapi tetap beterusan. Bukan wang ringgit yang ku kejar..bukan harta benda yang ku idam.. tapi cukuplah sebuah keluarga yang bahagia yang bole ku bimbing hingga ke Jannah.

Setiap yang berlaku itu, harus diserap.. setiap tekanan yang datang harus dihadapi dengan senyuman. Ingat rukun iman yang ke-6. Allah itu lebih mengetahui dan Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan. tetapi jika apa kita hajati itu tercapai itu bonus yang paling besar kita perolehi. 12 bulan gaji pon x leh lawan tau.... hihi..

Alhamdulillah

VICI


TQ, kerana meninjau!

Tuesday, July 17, 2012

Salam Perpisahan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga BPPA terutama kepada Pengarah, Prof. Sharin di atas kepercayaan yang diberikan selama ini. Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang bermula pasti berakhir. Saya percaya setiap insan itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika ada yang terkurang atau terlebih sepanjang saya berada di BPPA. Banyak ilmu dan pengetahuan yg saya perolehi. Tidak kurang juga pengalaman yg saya dapat. Saya telah memberikan yang terbaik dan yang termampu. Walau bagaimanapun terasa sangat sayang utk meninggalkan rakan-rakan PSH dan kakak-kakak PT . ;) Apa-apa pun perjuangan tetap perlu diteruskan. Di harap rakan-rakan yg lain dapat meneruskan komitmen dan memberi yang terbaik utk BPPA. Mungkin sampai di sini sahaja khidmat saya diperlukan. Saya juga berharap BPPA akan mendapat pengganti saya yang lebih baik dan lebih komited. Insha Allah. 

Semoga semuanya maju jaya…… Seorang pemimpin yang baik tidak akan mengabaikan anak buahnya sebaliknya berusaha membantu mana yang terdaya.

“Apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hendaknya kamu menghukum dengan adil.” (Surah An Nisa’ ayat 58) 

Saya terima dan redha dengan apa yang telah ditetapkan. ;) Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terkasar bahasa dalam gurauan ataupun percakapan serta perbuatan. Halalkan makan dan minum saya. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yg khilaf itu dari diri saya sendiri. 

Ular Menyusur Akar , Tak Akan Hilang Bisanya.. Saya doakan moga BPPA terus maju, maju dan maju jaya. Insha Allah kalau ada rezeki dan panjang umur, kita semua akan berjumpa lagi. ;) 

Islam itu Indah 
Allahu Akbar!!! 
Wallahualam…
Gambar Ihsan dari Nurul - Kawan dan Kakak BPPA

p/s: Itu pun ada plak yg terasa :) hmmm....

Surat ni bertarikh 5 Julai 2012

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, July 11, 2012

Ya Marhaban




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Marhaban ya marhaban. Penah dengar ikut-ikut mcm tu je la.. ermm sedihkan... Kali ni diberi peluang.. Peluang yang agak berat juga la yang diambil. Tapi x salah untuk mencuba dan praktikan. Insha Allah aku akan mewakili KPT utk pertandingan Marhaban sempena Menyambut Ramadhan. ;p

Bermulanya cerita tiba-tiba bole nak msuk pertandingan ni berlaku secara tidak sengaja. Maybe terpanngil untuk ke sana. Wallahualam. Hari ujibakat nasyid - marhaban KPT aku saja2 turun nak tengok ramai ke idak. alih2 aku dipanggil. Hehe. tanpa segan silu terus je la nyanyi. hahaha lagu saujana keluarga bahagian lak tuh. kikiki.

Esoknya dapat kol. terpilih. haha.. mmg la terpilih klau dah pergi ujibakatnya x sampai 10 org. apapun tahniah juga la pada diri sendiri dan yang lain.Bermula la lathian. sehingga hari ini yang ada cuma 4 ORANG.. sedihkan syabas utk group perempuan kita cukup la kumpulan tu . siap hantar 2 lagi nasyid dan marhaban.

Apa yang aku nampak kat sini mungkin kurangnya promosi atau lebih keras skit kesedaran. :) Xpa kita berfikiran positif. Maybe kebanyakan sibuk dengan kerja. Tapi bagi aku apa salahnye turun. secara x langsung kita bole berselawat dan memartabatkan lagi ISLAM. tegur klau aku salah. sedih sedar skit. patut aktiviti2 yang mcm ni patut kita join..hmm latihan pun fleksibel. 2 jam je pun. dunia kita kejar akhirat kita tinggal..JANGAN.. nauzubillah...

Perjuangan mesti diteruskan.. walaupun kini tinggal 4 kena cari lagi sekurang2nya 2 org. minimum untuk bertanding. klau x dapat nak bertanding pun xpa la. sekurang2nya aku dapat ilmu yg bole dimanfaatkan.
:))



TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 10, 2011

Musimnya Tiba Lagi (Kopak!!!)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

11 Disember 2010 -Telok Panglima Garang

Musim apa ye? musim orang mendirikan masjid, Alhamdulillah. Start minggu ni sampai la ke bulan 12 Insha Allah. Tak putus2 jemputan ke majlis resepsi kawan-kawan. 12hb ke Tanjung Malim, sahabatku John Hazriq dan pasangan Mira Insha Allah keesokan harinya 13hb pula di Shah Alam kawan tempat kerja lama Kerul dan pasangan. Next week 19hb.. hehe adikku Ernny yang no 2 akan menamatkan zaman bujangnnya, dengan pasangannya yang dikenali sejak bangku sekolah Keri, haha adik ipor tu! Esoknya pula 20hb dapat jemputan di Kelana Jaya, anak boss lama pula yang kawin. Next 2 week 26hb sepupu belah isteriku bertunang. :) Telok Panglima Garang! Esoknnya keluargaku ke Kuala Berang untuk majlis sambut menantu. Na na na Ganu kiterr...

Syukur, Alhamdulillah
**Moga2 semuanya diberkati dan dirahmati Allah. Amin**

Kopak!!! Kompang..pang2 kebomm3 pang pang2 keboomm3.. Haha macam mercun daaa

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, October 4, 2011

Pagi Hari

Assalamualaikum

Moga pagi ini, pagi yang membahagia kalian semua.yeah. Baru lepas sarapan, bekal yang disediakan isteri tercinta. Alhamdulillah. kenyang. ;))

Semalam sempat ke pasar malam, mencari air kelapa di idam isteri. Lepas ke pasar malam lepak di Wak Lan Cafe, bersama Adam, Cha, Liza, Nadia, Syu. Hampir kul 11.oopm juga la. Best lama dah x lepak mcm tu.

** Sempat gak beraya kay umah NLMY, hehe ;)) ** terima kasih tuan rumah kerana menjamu buah mata kucing dan apam balik, air milo.

TQ, kerana meninjau!

Monday, October 3, 2011

Selepas rehat

Assalamualaikum

Xde apa yg nak dibuat, moh la kita berkongi cerita. Kali ini nak bercerita tentang SNK, NAAH, NLMY. Mereka ni sebahagian dari hidup la jugak. hamboi. hampir 11 tahun mengenali mereka. macam2 dah kami kongsi, time seronok, time sedih2, time gaduh2, dan mcm2 time. Alhamdulillah sampai ke saat ini, kami masih bersama dan terus berkawan. Kenal mereka sejak di bangku sekolah, dan sehingga hari ini ttp tidak lupa kenangan2 kami bersama. (yang jantan cerita lain) haha. nok cerito hok oghe tino dulu. Boleh dikatakan apa benda yg secret dorang akan becerita bertiga je. haha. tapi sampai masa sy tahu juga. :p



Selepas 11 tahun semuanya ttp sama,cuma yang berubah kehidupan masing2 agaknya lah. huhu. SNK dah pun mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidupnya MFF. Alhamdulillah. NAAH sekarang bekerja di sebuah syarikat besar, wow! Alhadulillah, x lama lagi akan mendirikan rumahtangga. NLMY pula menjadi pegawai besar juga di syarikat besar. Alahmdulillah, beliau pun akan mendirikan rumahtanggan x lama lagi.

Walaupun kami pernah berselisih faham, mengata, mengutuk, tapi semua tu bagi kami asam garam dalam sesuatu ikatan persahabatan yang terjalin dari keikhlasan dalam diri masing2.** ikhlas ke korang?? haha** semoga dengan apa yang kami ada sekarang akan dapat dikekalkan sehingga harinya. Insha Allah

** buat korang bertiga SNK,NAAH,NLMY**
yg lain cita len plak nanti ;P

TQ, kerana meninjau!

Thursday, September 29, 2011

Bersua Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum

Hampir setahun x bersua muka. Tadi tengahari makan bersama kawan belajar, serumah, seperjuangan (ObO) di Taman Warisan, Presint 16 Putrajaya. Kebetulan dia datang untuk inteview Pegawai KBS, di SPA. Insha Allah mudah2an rezeki beliau di sana. :)) X banyak yang diborakkan,tapi cuma sempat bertanya tentang kahwin.hehe. Macam biasa la jawapan, tetap nak mcm artis. It's ok. Rasa2 nak dekat dah tu. ;p Tiada apa yang berubah cuma rasanya gemok je la kot. hahaha. (Gambar kenangan semasa kurus di Kinabalu)

***Terima Kasih Belanja Lunch***

TQ, kerana meninjau!

tinta sname