Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah -Syukur Ya Allah-

Assalamualaikum,

Semalam kena EL 1 hari, sebab apa ye? "En Elham, awak amik ni g daftar ye, isteri kena masuk wad". "Ha? ye ke". Tanpa membuang masa terus je p daftar. Pagi 13hb pukul 12.45 tetiba Ika bangun, katanya sesak, badan penat sangat. Sy pun bingkas bangun terus ambil segelas air dan suruh isteri bangun berjalan. Kot2 boleh tenangkan dia skit. Alih2 x boleh juga. Tanpa buang masa suruh dia siap, dan kami segera ke HKL. Lebih kurang pukul 1.30 kami sampai dan Ika terus masuk ke bilik untk di check-up. Hampir 2 jam juga lah. Sampai sy pun dah naik menngantuk + bosan (sorang2 kot) hihi. Itu lah pengorbanan. :) Selesai check up, dipanggil oleh nurse. Ingat dah boleh balik, rupanya kena daftar masuk wad.

Nak xnak kena la juga, selesai daftar. Terus Ika dibawa ke tingkat 3. Dapat katil no.6 ngam2 paling tepi. Ok la tu. Hehehe. Persiapan memang xde la. Kami datang memang untuk check je. Tak tahu pula kena tahan, So sy lah yang kena sediakan barang2. Lebih kurang pukul 4 sampai di rumah, siap2 dapat la tido kejap.haha. Janji ngan ika nak datang pukul 8.00 pagi hantar barang keperluan. Semalam 3 kali juga la ke hospital, pertama hantar barang, kedua waktu melawat tengahari, ketiga sebelah petang.

Tapi belum sempat nak ke sebelah petang sy dapat msg, "Abg dah boleh balik, doc kata darah normal :) " . Alhamdulillah rupanya dah boleh keluar. Apa lagi terus je ke HKL buat bayaran, kami pun balik. Syukur semuanya ok. :))

**Terima kasih kepada Mak, Pn Naimah yang menyediakan makan tghari, Eslah & Eja yang sempat pergi melawat. Hehe, X lupa keluarga dan keluarga mertua serta rakan2 yang mendoakan kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan mudah2an kalian di RahmatiNya. Amin.**

Insya Allah, Disember ini :)

TQ, kerana meninjau!

0 komeng:

Post a Comment

tinta sname