Wednesday, July 11, 2012

Tempat baru selepas 6 Bulan




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kat mana-mana pun sama, yang penting kita pandai bawa diri dan sesuaikan diri. Dah hampir 2 minggu bertukar bahagian. Setiap kali jumpa kawan-kawan di bahagian lama semuanya tanya. Soalan yg sama. " Macam mana tempat baru ok ke?". Aku mampu tersenyum jer lah. Jawapan ringkas dan padat. "ok jer", Alhamdulillah.

 Setelah hampir 6 bulan di BPPA banyak ilmu dan pengalaman yang berbeza yang aku dapat. Biasa lah lain padang lain belalangnya. Hehehe. Kita sebagai manusia harus sedar setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan senang kita nak puaskan hati semua pihak. Igt pesan ayah, kita kerja makan gaji mcm ni kita kena igt kita ada boss. kena ikut ckp boss. Tapi ikut biarlah dengan rasional. :) apa yang terjadi tidak perlu dihuraikan kerana itu asam garam dalam bekerja. Rezeki takan datang bergolek tanpa usaha.

 Dan ingat rezeki itu Allah yang kurniakan bukan manusia. Bersabar terima dengan redha. Think positif anggap ianya cabaran dan kekuatan untuk terus memajukan diri pada masa akan datang. 

 Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya. 

 Insha Allah Oktober menanti... 

 Ramadhan dalam perjalanan...



TQ, kerana meninjau!

0 komeng:

Post a Comment

tinta sname