Monday, October 3, 2011

Epl 2011/12


Team aku kena lagi da... 1-2 (away)




TQ, kerana meninjau!

Jalan, Ziarah, Makan


Assalamualaikum

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Sabtu lepas sy dan isteri telah ke Rawang, melawat ami Bakar, penasihat TPG yang x berapa nak sihat. hehe. Selain isteri, sepupu merangkap kawan sekolah ku , adik ipar dan acik Edah turut serta dalam lawatan tersebut.haha. Hampir setengah hari juga la kami disana. dari petang sampai ke tengah malam. sampai2 je dihidangkan dengan sup tulang dan laksa. terima kasih tuan rumah.chefnya tidak lain tidak bukan, Umi Pah. Lebih kurang pukul 11.30 mlm baru kami semua bergerak pulang selepas kekenyangan. hahaha.

Ahad seperti biasa tempat dituju ke rumah sedara yang paling jauh, umah umi Edah. Sebelum tu sy balik singgah di rumah Wangsa Melawati, sampai di sana semuanya ke Sg. Buloh. Niat baru nak mkn tghari. hahahaha Lebih kurang pukul 3 sy dan isteri sampai di rumah umi Edah. Sampai di sana kami dihidangkan dengan rendang ayam bersama roti. layan...* *lapar kot* , haha.. selesai makan, lepas asar kami diajak ke gombak, ke rumah sedara juga. Sebelum ke rumah kami singgah di Tanah perkuburan, dimana arwah bapa sahabatku merangkap sedara, disemadikan disana. Al-Fatihah. Setelah selesai, kami terus ke rumah Jidi Omar (Pck Syed kawan ayah, MSO), kami ke sana kerana urusan nak ke Australia. Haha, gempak x bunyinya. bukan kami semua yang nak pegi, cuma umi Edah dan sedara yang belah sana je akan pergi. Wedding.

Lebih kurang pukul 7 kami bergerak pulang, tapi x pulang pun. Kami terus ke Tasik Titiwangsa.haha. Selesai Maghrib kami meneruskan aktiviti pada hari tersebut.Iaitu sesi bergambar. Hehe. penat berposing2 kami pun bergerak pulang, x pulang umah masing2 lagi. pulang ke rumah Acik Edah. di rumah, setelah berbincang utk makan malam. maka kami memutuskan utk makan domino piza malam tersebut, piza di sponsor oleh Ayie. Haha.terima kasih daun keladi. Pukul 12.00 mlm baru sampai ke rumah masing2. Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti.

** Tidak ada makan2 hari Ahad**
**Kesian isteri kepenatan, walaupun sarat ttp kuat nak berjalan2.** :))

**Pic xtvt akan diupload. Budak kecik tu Miza nicknamnya, kaknam bak kata org telok.**

TQ, kerana meninjau!

Thursday, September 29, 2011

Bersua Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum

Hampir setahun x bersua muka. Tadi tengahari makan bersama kawan belajar, serumah, seperjuangan (ObO) di Taman Warisan, Presint 16 Putrajaya. Kebetulan dia datang untuk inteview Pegawai KBS, di SPA. Insha Allah mudah2an rezeki beliau di sana. :)) X banyak yang diborakkan,tapi cuma sempat bertanya tentang kahwin.hehe. Macam biasa la jawapan, tetap nak mcm artis. It's ok. Rasa2 nak dekat dah tu. ;p Tiada apa yang berubah cuma rasanya gemok je la kot. hahaha. (Gambar kenangan semasa kurus di Kinabalu)

***Terima Kasih Belanja Lunch***

TQ, kerana meninjau!

Champ Leg

Arsenal
Alex Oxlade-Chambelain (8')
Andre Santos (20')

Olympiakos
David Fuster (27')

**Go Gooonners**

TQ, kerana meninjau!

tinta sname