السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, ada kemewahan sendiri, ada kesusahan sendiri.. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Usaha doa dan tawakal sahaja yang perlu diteruskan. Istiqomah dalam setiap perkara biar lah sedikit tetapi tetap beterusan. Bukan wang ringgit yang ku kejar..bukan harta benda yang ku idam.. tapi cukuplah sebuah keluarga yang bahagia yang bole ku bimbing hingga ke Jannah.
Setiap yang berlaku itu, harus diserap.. setiap tekanan yang datang harus dihadapi dengan senyuman. Ingat rukun iman yang ke-6. Allah itu lebih mengetahui dan Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan. tetapi jika apa kita hajati itu tercapai itu bonus yang paling besar kita perolehi. 12 bulan gaji pon x leh lawan tau.... hihi..
Alhamdulillah
|
VICI |
TQ, kerana meninjau!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mungkin apa yang nak aku coret ni realiti kehidupan dunia ini. Bila sebut harta, duit maka sinonim lah dengan saudara ataupun adik beradik. Mengimbau zaman kecik-kecik semuanya ok...semuanya happy..semuanya bersama.. Bila dah besar masing-masing dah ada keluarga sendiri..kehidupan sendiri... tetapi takan boleh lari dari saudara-saudara sendiri. Sebab itu lah ada di dunia ini selain dari harta benda.Haha..
Kenapa??? Bila pasal harta benda atau wang ringgit orang suka membuat fitnah, dengki sesama sendiri, tamak, mengungkit dan macam-macam benda negatif datang. Kalau yang positif tu jarang-jarang lah boleh dapat. Kalau positif pun sebab dapat harta banyak...Hahaha.. Kalau dapat. Puiiii...
Susah nak puaskan hati orang. walaupun saudara sendiri, susah nak bagi orang faham.. Ermm.. kalau reta yang dapat tu jutaan ringgit. Adoiii.. Sedih sedar sikit yang kita hidup di dunia ni bukan mengejar harta. berlawan sape ada harta banyak tetapi kebahagian yang hakiki yang kita nak... Kalau banyak harta..Tetapi saudara sendiri yang ditindas yang dikeji yang dihina baik xde harta lagi bagus.
Apa salahnya apa yang ada dikongsi bersama. Kalau nak berkongsi pun biarlah betul caranya biar kena dengan gayanya. Setakat berlagak macam org kaya org hebat tapi apa pun tarak tu lagi hampeh...Lumrah hidup yang senang berkekek-kekek, yang susah terus dipijak dicaci.
Minta dijauhkan perkara2 yg melibatkan harta. Hope adik beradikku sentiasa ingt asal usul. In sha Allah berkongsi takan habis reta tu..makin bertambah... Moga Allah terus memberikan rezeki yang berganda buat keluargaku dan dia.
Kadang-kadang diam itu lebih baik...
Diam x beerti salah, berundur x beerti kalah.
|
Penawar |
Islam itu indah
TQ, kerana meninjau!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Lama yang sangat lama. Malas itu yang buat diri ini x menyinggah di blog yang dah wujud bertahun-tahun ni. Hehe. Macam dah lama kan? Insha Allah jika diberi kekuatan dan kudrat serta kerajinan boleh hari-hari menyinggah membubuh apa sahaja dalam ruangan ini. Banyak yang boleh dikongsi dan x terkongsi.
|
3 tahun |
Moga dengan berblog ini boleh memberi semangat utuk aku berusaha dengan lebih gigih untuk meneruskan apa yang belum dapat dilakukan. Dengan izin Allah.
|
Puasa tahun lepas |
Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah
TQ, kerana meninjau!
tinta sname