Thursday, April 11, 2013

Undi adalah rahsia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Macam biasa la kalau dah lama x update blog. Hahaha. Bersawang. Banyak benda yang dikongsi tapi macam malas pula nak dikongsi. Hihi. Pejam celik dah masuk 3 tahun usia perkahwinan aku ngan isteri tersayang. Alhamdulillah. Hero pun dah masuk 2 tahun kalau ikut tahun la. Sekarang 1 tahun 4 bulan. Apa yang menarik hari ini adalah tentang PRU13. Macam biasa la kalau dah bubar parlimen tarikh PUR pon dah tahu maka kesibukan akan melanda mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam politik ni. Tempiasnya juga dapat dirasai juga oleh semua rakyat Malaysia termasuk la aku. Hahaha.

Sebagai seorang rakyat Malaysia mesti la aku nak semuanya baik-baik belaka. mana ada orang yang xnak kan keamanan dan kesejahteraan. Ciss... Ada ke orang mcm tu?? Apa-apa pun yang berlaku biarlah semuanya adil dan bersih. X kisah la sokong apa pun tapi perlu igt pemimpin macam mana yang kita nak dan organisasi yang macam mana kita nak ikut.

Selamat mengundi kepada semua :) bulan terang di malam hari


Islam itu indah 

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, July 17, 2012

Salam Perpisahan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga BPPA terutama kepada Pengarah, Prof. Sharin di atas kepercayaan yang diberikan selama ini. Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang bermula pasti berakhir. Saya percaya setiap insan itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika ada yang terkurang atau terlebih sepanjang saya berada di BPPA. Banyak ilmu dan pengetahuan yg saya perolehi. Tidak kurang juga pengalaman yg saya dapat. Saya telah memberikan yang terbaik dan yang termampu. Walau bagaimanapun terasa sangat sayang utk meninggalkan rakan-rakan PSH dan kakak-kakak PT . ;) Apa-apa pun perjuangan tetap perlu diteruskan. Di harap rakan-rakan yg lain dapat meneruskan komitmen dan memberi yang terbaik utk BPPA. Mungkin sampai di sini sahaja khidmat saya diperlukan. Saya juga berharap BPPA akan mendapat pengganti saya yang lebih baik dan lebih komited. Insha Allah. 

Semoga semuanya maju jaya…… Seorang pemimpin yang baik tidak akan mengabaikan anak buahnya sebaliknya berusaha membantu mana yang terdaya.

“Apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hendaknya kamu menghukum dengan adil.” (Surah An Nisa’ ayat 58) 

Saya terima dan redha dengan apa yang telah ditetapkan. ;) Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terkasar bahasa dalam gurauan ataupun percakapan serta perbuatan. Halalkan makan dan minum saya. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yg khilaf itu dari diri saya sendiri. 

Ular Menyusur Akar , Tak Akan Hilang Bisanya.. Saya doakan moga BPPA terus maju, maju dan maju jaya. Insha Allah kalau ada rezeki dan panjang umur, kita semua akan berjumpa lagi. ;) 

Islam itu Indah 
Allahu Akbar!!! 
Wallahualam…
Gambar Ihsan dari Nurul - Kawan dan Kakak BPPA

p/s: Itu pun ada plak yg terasa :) hmmm....

Surat ni bertarikh 5 Julai 2012

TQ, kerana meninjau!

Pintu ke Aku



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi-pagi dah berjoging..huhu. Turun groundfloor lari naik P2 lak..adehhh.. ni semua gara-gara pintu yg x berfungsi.. nak kata kad expired aku nengok org lain pun xleh gak kua.huh! 

Disebabkan itu juga aku tertinggal bus daa... dah 2 kali dalam masa seminggu. ayoyo. Terpaksa la naik LRT + ERL. 

Oleh kerana tertinggal bas aku pun lambat lah ke opis. MERAH. Xpa la. anggap itu semua dugaan di pagi hari. :) yang penting selamat sampai. Sampai je kat opis hari ini, terus ke kafa beli nasi lemak ayam seketul. Alhamdulillah kenyang. Lambat hari ini kerana pintu, nak salahkan pintu pun x bole.klau bangun kul 5.30 td Insha Allah semuanya berjalan lancar. Klau pintu xleh buka ada masa lagi nak terkedek-kedek kan.hihi. Padan muka aku la!

* Aku rasa telinga aku belah kiri ni cam ada jerawat lak. Rasa x selesa lerr..



TQ, kerana meninjau!

Sunday, July 15, 2012

Minggu Itu




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari minggu bersama isteri dan anak tercinta. Sabtu semalam ke Ampang ada mini reunion bersama kawan-kawan sekolah. Hehehe.. Ramai la juga yg pergi walaupun x cukup korum. Majlis dibuat saja-saja tapi penuh bermakna. Masing-masing bawa makanan.poklak...haha. Aku bawa sate. ada yang bawa bihun, puding, sagu, pizza, nuggets dan macam2 lagi la. terima kasih semua. x lupa juga kepada tuan punya rumah. Nad. hehe.. yang menyediakan tempat untuk berkumpul. ;). Di kesempatan semalam aku dapat jumpa kawan lama yang x jumpa. Kini dah jadi Puan. Hehehe..x kawin lagi tp dpt puan.. pelik x. Hahaha..POLIS.!

Di rumah Tok Ti

Ahad x ke mana. cuma ke rumah makcik dan ke rumah mak. Alhamdulillah heroku beransur sembuh. Makin ligat. Syukur kepada Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan kepada kawan-kawan dan keluargaku. Ameen.

Ramadhan dah nak sampai....

TQ, kerana meninjau!

tinta sname