Wednesday, December 21, 2011

Penguin di Petronas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mesti seronok kalau jumpa penguin di Malaysia.. wow! amazing... :))

TQ, kerana meninjau!

Friday, December 9, 2011

Hitam lawan Oren (Final Volleyball 2011 Education)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lawan di Final

Team aku yang ke Final

Warm up

Sebelum beraksi

Persiapan sebelum pertandingan

Bola tampar Education Malaysia. hehe. Semalam berlangsung pertadingan bola tampar antara unit. walaupun semua yang main bekas2 atlet, tetap meriah dan menghiburkan. Haha. Macam ragam, gaya dan persembahan di tonjolkan der.. 4 unit ambil bahagian, main kalah mati.

Team aku ke final. Alhamdulillah menang 3 set 2-1. Kira menang melawan la. Hehe.

** Byk lagi gambar, letih la nak masukkan semua. Hihihi **
Player of the tournament Kak Teh ;P sempoi

FINAL next 2 week. Tunggu!!!

**Hope dapat friendly dgn Bah. Sukan :P**

TQ, kerana meninjau!

Thursday, December 8, 2011

2 Hari di HKL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pn Sname, dimasukkan ke Wad, HKL. Mulanya sebab baby kurang bergerak, so malam Isnin aituh lebih kurang pukul 10 mlm kami ke HKL. Lepas di check up lebih kurang pukul 1 pagi. Doktor kata kena tahan wad, rupa2nya dah ada tanda-tanda untuk bersalin. ;) kontraksi.

Pada hari tersebut juga , mcm sebelum ni kami x bawa ape2 pon barang. Ingat just nak check up, yela duenya nex week 16hb. Hehe. Jadi x standby bawa ;P apa lagi aku kena la balik datang dan dtg balik ke HKL. Esoknya baby dah bergerak cam biasa, aktif tapi kali ni Pn Sname cakap dah ada lendir yang keluar. Alamak apa plak? 1st time mana tahu derr... Doktor kata tu biasa, tanda-tanda. yela lain orang lain tandanya. Ermm so kena tahan sampai la petang semalam, kontraksi pun dah kurang Pn Sname dibenarkan pulang. :) Alhamdulillah semuanya ok. Maybe baby nak main-main. Hehe.

Syukur, semua ok, baby pun aktif mcm biasa. Now menunggu masa dan ketika je la. Hope baby bagitau umi awal-awal nanti. :)

**Semalam pergi balik nai teksi, kereta pun x sihat sangat, ;) xpe ujian semuanya, Syukur**
Terima kasih kepada Familyku dan Sepet.

TQ, kerana meninjau!

Monday, December 5, 2011

Pilihanraya Umum 13 bila da???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KLIK PADA GAMBAR UNTUK SEMAK NAMA

Insha Allah, Tahun depan akan diadakan PRU ke-13, maybe perkara ini di pandang remeh oleh sesetengah orang. Ala, mengundi je pun, bukan apa2 pun. Hehe. Itu la silap kita. Disebabkan kita mungkin kurangnya 1 undi untuk memilih pemimpin yang bole memimpin dan mentadbir negara kita Malaysia. Itu adalah tanggungjawab kita sebenarnya, untuk memilih mereka yang beribawa untuk mentadbir negara. Biarlah bersih atau tidak, yang penting tanggungjawab kita kena buat. kalau rasa x betul kita kena betulkan.

** Dulu lain, sekarang lagi la lain** Undi jangan ikut orang, sebelum undi fikir dulu, renung2kan. Tidak nanti termenung di kemudian hari ;))

Seronok time mengundi nanti, wow!!! Sape yang 1st time tu rasakan.. Hahahaha.

Kepada yang BELUM berdaftar, cepat2 la!!! Tidak rugi,

UNDI ADALAH RAHSIA

TQ, kerana meninjau!

Merah ada, Kuning pun ada

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam, Dari Putrajaya ke Wangsa Maju, terus ke Sg. Buloh. Hehe. Di putrajaya pergi rumah adik, di Presint 17, baru naik rumah baru katakan, rezeki orang kahwin ;) Alhamdulillah. Aku ke sana bersama Isteri tercinta yang tgh sarat :) dan 2 orang adik aku yg kecil. Actually Sabtu tu family aku semua p, mula2 just nak dtg makan2 je. Last2 aku kata tido je lah. So ayah, mak dan adik aku yg no. 3 je balik KL. Kebetulan adik bongsuku nak naik basikal kat Taman Botani.


Sambung cita hari Ahad (semalam) sebe;ah pagi lepas semua dah brekpes seperti yang dirancang ke Taman Botani. Walaupun dah dekat 4 tahun kerja kat putrajaya, taman botani ni aku pergi sekali je, tu pun sebab ada jamuan makan.Hahaha. Semalam kira 2nd time pergi, mmg jakun la, tmpat pelawat pun aku x tahu da..bikin malu da. Tapi xpe, orang kata malu tanya sesat jalan. So, lepas dah jumpa. Kami terus pergi ke kaunter untuk sewa basikal. Uhukuhuk, nasib x menyebelahi kami, basikal semua abeh. Cuma tinggal yang budak2 je, (tapi aku tgk belambak je) ermmm, kena tukar plan sebelum kejadian rajuk merajuk terjadi. Bowling la, cmner? kata aku. Hehe yang lain ok je, tapi yang penting persetujuan adik bongsu. Dia angguk. Kira setuju. hehe. Sebelum ke Alamanda kami ambil peluang berjalan di Canopy Walk way, juat memenatkan dan mengpeluhkan diri. cet~ Ingatkan menarik.

Sampai di Alamanda, terus ke bowling. Tu dia. semua kaler Oren, rupanya ada tournament, sekali hasrat terbatas. Hihihi. Kali ini semua ambil keputusan balik umah. Hahahaha. Otw nak balik ke rumah mak kol. Katanya balik KL sebab ayah nak ke Sg Buloh. So apa lagi kami semua terus ke sana dengan adik dan suaminya pun ikut sekali. Lebih kurang pukul 2 kami sampai di Wangsa Maju, lepas solat Zuhur terus ke Sg Buloh, kali ni semua ada, kira 1 big family lah. Sampai di Lorong Gajah, Payajaras. Kami tengok banyak gilerr rambutan. Hehe... Misi kami sebenarnya ke sana petik buah rambutan. wow!! seronok2.. Semua melibatkan diri. Isteriku yang sarat pun sama. Hehe. Lepas semua dah berpuas hati dengan hasil kutipan, kami layan minum air kelapa plak dengan pisang goreng dan kuew tiaw. Perghh.. Best. Pukul 6 bertolak pulang. ;)))

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, November 30, 2011

Nak Ct Nurhaliza!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Naufal, Ira, Hanan, Miza (masa resepsi aituh)

Lama betul..haha.. Belum bersawang kan?Selamat menyambut tahun baru. Awal Muharam. belum terlambat lagi rasanya. Biasa la 2 3 menjak ni kesibukan skit. Banyak benda yang kena buat. Last week, hujung minggu family semua ke Terengganu, untuk majlis sambut menantu. Tapi aku x dapat ikut, sebab Pn Sname skang tengah sarat. ;)) so balik kg mertua je lah. Dekat pun dekat, Telok Panglima Garang.

Aktiviti seperti biasa makan-makan lepak2 je la. Cuma hari Isnin ada aktiviti menarik yang kami buat, itu pun secara spontan je. Pertandingan karaoke, haha, peserta2 semuanya kecik2. Sepupu2 wife aku. Peserta semuanya ada 8 orang. Haha. Memang kelakar, siap ada juri lagi. Salah sorang jurinya Pn Sname. Untuk pertandingan tu aku sediakan hadiah, xde la besar mana pun gula2 jer. semua hadiah berharga rm2 je. Tapi amat lah bermakna buat diorang. Time nak sampaikan hadiah makcik diorang plak, nak sponsor gak. Hadiah wang tunai. So hari tuh semua peserta dapat la sorang rm1. wow!!

Pemenang hari tu miza a.ka. ct nurhaliza yang berumur 5 tahun dengan mempertaruhkan lagu Cinta Muka Buku. hahaha...gile gempak.. ;))

** Senarai penuh peserta, dan ikut rank masing2** selepas dikomen vokal persembahan dan penampilan, walaupun semuanya berselut.

1. Miza @ Ct Nurhaliza - Cinta Muka Buku (5thn)
2. Fatma @ Fat - Sempurna (10thn)
3. Ira @ Ira Casey Bakley- Huggies (9thn)
4. Naufal @ Naufal Drogba - Balik Kampung (8thn)
5. Mat Nor @ Mat Nor Bonai - Superman (5thn)
6. Baghil @ Agil Jais - ABC (4thn)
7. Hanan @ Hanan Adira - Satu2 (4thn)
8. Haidar @ Haidar Mawi - Balik Kampung (3thn)

Hahaha. Semuanya serius bila kena komen!! Wakakaka..
Juri2 Ami Manap, Ika, Syu

**Insha Allah, kita bt pertandingan hafazan lak yer adik2..** jangan x mengaji lak.


TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 24, 2011

2 Gol lagi??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekali lagi, wow RVP... amazing... Chelsick??? Ermmm Bertambah2 duka dan luka..Tapi Lukaku je rileks..

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, November 22, 2011

Ku hanya mampu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Usaha, Doa, Tawakal

TQ, kerana meninjau!

4 jam tengok korang mengaum!!! hehe

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semalam bersama isteri tercinta, layan kat umah jer. Tahniah, untuk team Malaysia, walaupun masih ada kelonggaran, we are proud to be Malaysian derr.. Hehehe. 4 jam tengok game semalam, berdebar2 gak la. Aummmmmmm... Garuda cit..cit..cit.. jadi burung pipit je la... :P

Alhamdulillah...

TQ, kerana meninjau!

Monday, November 21, 2011

Kenari kena tembak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1-2

Satu perkembangan positif, hope akan beterusan sehingga habis season der. Haha. Suku akhir Carling jumpa City, hehe. Ape ade hal ek?? Hope Pakcik Wenger bawa masuk lagi 2 3 orang player Januari ni. Kasi lagi mantap yang dah sedia mantap skang ni. huhu. Untuk fans Chelsea, sory kena lagi der?!! Hahaha, tua2+berat2 dah.

Credit - to RVP :)) Buat masa ni masih dok atas as a top scorer gitu... :))

*** Harimau hope ratah Garuda kaw2 nya hari ini ye :))*** Selamanya Harimau Malaya`

TQ, kerana meninjau!

Kepada yang dah lama x balik kampung

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada mereka-mereka yang lama dah x balik kampung. Haha. Cuti sekolah dah bermula, bole la pulang ke kampung tengok atok nenek yang masih ada. :) Kalu kelik klate, berhati2 slow n steady deh. Kalau yang dah lupa jalan balik tu, search je google mape. Hahaha.


TQ, kerana meninjau!

Selesai, Alhamdulillah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali jer

Takliq

Mak dan adik-adik (bongsu kat rumah daa)

Wangsa Melawati

Ku Li

MC dan isteri

Alhamdulillah, segalanya telah selesai dengan sempurna dan jayanya. Tahniah kepada Kheri dan Ernny (adik) yang telah bergelar suami isteri. Syukur majlis akad nikah yang berlangsung pagi Sabtu yang lepas selamat disempurnakan, dinikahi sendiri oleh ayah ku MSO. ;) 1st time tu. hihi. Selepas selesai, tengahari majlis resepsi diadakan di rumah Wangsa Melawati, tetamu2 yang hadir tidak putus2 VIP2 yang dijemput juga turut hadir bagi meraikan kedua2 mempelai. Syukur Alhamdulillah cuaca juga baik.

Terima kasih kepada tenaga2 kerja yang telah menjayakan majlis yang serba sederhana ini, :) hehe.

** Tapi ada juga yg menyakitkan hati, nenek sedara plak kena ragut time nak g sembahyang. kurang ajar betul 2 ekor mamat tu.** Nasib korang baik hari tu, maybe x baik utk hari2 yg mendatang. Insya Allah

TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 17, 2011

Paparazi Shot, Justin Bieber Makan Nasi Lemak Kat Warung Satay Anuar Kuala Kangsar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi2 dah email, buka2 jer dapat lak pic2 hot ni. Bukan senang nak jumoa artis camni. Jarang2 dapat jumpa kot. Huahuahua



Justin Bibir

Ini pic bonus, pon jarang2 kita jumpa. Bertuah betul siapa yg snap pic nih. haha. sengal!

Banjir di Thailand


TQ, kerana meninjau!

Wednesday, November 16, 2011

Insha Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Esok result UPSR adik yang bongsu akan dikeluarkan, mudah2 an semuanya berjaya dan berjalan dengan lancar. Insha Allah moga dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Segalanya yang bakal dihadapi dan ditempuhi. Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.

Biarkan masa yang menentukan, apa yang penting usaha, doa dan terus berdoa serta tawakal. Insha Allah

TQ, kerana meninjau!

Sebahagian Dari Pembelajaran oleh Lanun

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

INSTRUCTOR

Hehe. mesti tertanya2 siapa lanun, apa jadi kat pangkor. hehe. 'lanun' itu istilah kepada mereka2 yang nakal2 dalam persatuan. tapi kat sini aku nak kongsi cerita serba sedikit pasal lanun pangkor. hahaha. team biru vs team merah.
peristiwa ini berlaku pada tahun 2005 klau x silap aku.hehe. kelas aku SR221 minor A amik subjek outdoor dengan BOSS aku.HCM. ;)) tenkiu boss.

berbalik kepada cerita lanun tadi, semasa di pangkor kami telah mengadakan 1 xtvt yg dinamakan explore race. dimana kami dibahagi kepada 2 kumpulan merah dan biru. ketua team aku adalah
ADIB dan ketua team merah ialah KOJACK. malam sebelum bermulanya race tersebut yakni esok nya kami telah mereka berdua diberi kuasa untuk memilih ahli pasukan. dan team merah dibarisi oleh OZ,BAOM,ITIK,YUS,IJAN,GIANT,SHAH,,TABAT dan HERY.manakala team biru a.k.a lanun (hahaha) dibarisiABOY,PUTAT,IMAN,GAYAH,PION,AJIB,ROY,ARTHUR,WAN dan AKU la.hahaha. WAN bukan nama sebenar orang terakhir yg dipilih. nak tak nak terpaksa masuk kumpulan lanun. walaupun beliau tidak diterima mana2 kumpulan.hahahahaha. (ada la citanya skit).lepas sudah pemilihan kami diberi tido agak awal.best2.

Esoknya bermula episod lanun pangkor. lebih kurang jam 7.00 pagi kami semua bersiap sedia. kelengkapan semua dah sedia. cuma menunggu masa untuk berlepas. task telah diberi tapi x dibenarkan baca. lebih kurang 15 minit kemudian kami dibenarkan buka dan memulakan perlumbaan. check point pertama berkayak sampai ke teluk nipah. kalau x silap.hehe.sampai sana kami kena sapu sampah. jarak antara kumpulan merah dan biru tidak berapa jauh. tapi grop aku la sampai dulu. seperti biasa mesti ade ahli yg kena jg peralatan sebab FC a.k.a instructor kami masa tu PERLU pon lanun. dan org yg bertanggungjawab jaga peralatan sape lagi WAN la.haha. lebih kurang 15 mnint kemudian sampai pasukan lembab.pasukan merah.walaupun kami sampai dulu tapi kami di'tahan' sehingga pasukan merah siap.setelah selesai menyiapkan task.pasukan merah segera ke kayak dan makan.tapi grop lanun tetap kena buat keja lagi.aduhhh. tapi xpe walaupun kena tahan kami seronok dan siap menyanyi2 lagi.hahaha.setelah grop merah diberi task berikutnya dan terus berkayak baru la kami diberi task.tapi sebab kami lanun.kami rileks dan tenang.haha.yeke?
sampai je kat kayak kami pon nak mkn dulu sebelum memulakan misi seterusnya.bekal yg kami bawa dari camp site cukup untuk satu hari perjalanan. walaupun lanun adab tetap ada.kami duduk dalam bulatan membca doa dan makan seperti biasa.TAPI...baru je nak makan tgk2 makanan kami tinggal untuk 2 orang makan je
alamak dah kena sebat da..aduh WAN lagi punca. terpaksa la kami makan ramai dengan 2 bungkus nasi kongsi berasama.xpe lanun kuat.hehe (lapar wei)...

selepas selesai makan task seterusnya kami ke tempat buat kapal.kami pon memulakan langkah.hahahaha.kami gelak je.x sampai 15 mnint mendayung dah nampak kumpulan merah.igt kan dah jauh rupanya tengah melayar bahtera lagi da...lagi la kepala lanun menjadi2.cepat2 je kami mengahampiri grop merah.memotong smbil menyanyi. aduh tgk muka grop merah, kesian bercampur marah.hahaha.kami gelak dan terus gelak.time tu juga la aku tgk BAOM ngan OZ tgh bercengkarama atas kayak.SHAH dan GIANT bawak dinghi.hahaha.kelaka2. kami teruskan perjalanan.sampai je ke chekpoint seterusnya team lanun berehat.silat zuhur, lama betol kami tunggu team merah.hampir sejam.aduh slow.nak xnak kami kena tunggu sampai dorang sampai.biasa la FC nak kami bersaing kununnya.lepas je team merah sampai,rehat dan buat apa yg patut kami diberi task seterusnya, iaitu ke kilang buat ikan kering, sotong kering.sedap2. sekali lagi team merah kena tinggal.kali ni x bagi can punya.hahaha. time ni la segala2nya bermula.kami berjaya menipu team merah.hahahahahahaha ((sape2 yg ingt mesti bangga dan gelak je kan)) di kilang tersebut kami diberi tugasan untuk mengasingkan tulang ikan bilis.mudah.haha,siap2 je kami diberi hadiah dari tuan kedai.sedangkan masa tu team merah baru je nak stat buat tugasan.kesian.ermm.kami kadang2 pon cuai gak.sedang seronok2 ketawakan team merah.tiba2 pung,pang pom,pom.bunyi mercun.ceh rupanya bunyi jer.TAPI...sebenarnya tu helah FC da..barang yg kami dapat tdi dah kena curi. aduhhhhh.tanpa buang masa kami anta pasukan gerak khas,x susah rupanya nak cari balik.hahaha.takot jugak pencuri tuh,kwang3. kami berjaya merampas kembali barang tersebut. kemudian ketua kami meminta utk meneruskan perjalanan.sekali lagi kami dipaksa utk menunggu team merah.aduhhhh.once again.nak tak nak tunggu la kami.setelah selasai.kedua kumpulan diberi task.erm..kami pon baca.task terakhir kami diberi arahan utk menukar salah seorang kumpulan kami dengan kumpulan merah.aduhhh...

Task terakhir balik ke camp site.baru nak pecut.rupa2nya kena balik sama2 da.......

(ALKISAH LANUN DI PANGKOR, KENANGAN ITU AKU IGT SAMPAI SKANG.BEST2.HEHE,KEPADA TEAM BIRU A.K.A LANUN KITA MMG BEST,HAHA. KEPADA TEAM MERAH,NAK REPEAT BOLE JE!!!)

P/S: Sorry la klau ayat tunggang menunggang ye. Kawan2 ada yang kurang bole tambah diruang komen. yang terlebih,buat2 x taw sudey.hehe. HOPE: Final camp akan dtg akan dimasukan slot lanun kembali. ;))

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, November 15, 2011

Air yang terjun dari langit

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Putrajaya ketika ini. ujey lebak, begitulah kurnian Allah kepada kita. Alhamdulillah, rahmat yang diturunkan kepada kita semua.Makhluk yang hanya menumpang di muka bumi ini. Kalau tengok permandangan kat luar opis sebentar tadi macam dah pukul 7. Gelap. Hujan turun bermakna masih ramai yang beriman dan mengharapkan hujan. Kalau diamati betapa pentingnya air kepada setiap makhluk yang berada di muka bumi ini. Tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia memerlukan air untuk hidup.

Kita harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

*Tapi kadang2 kita alpa, kenapa? kita merungut. kenapa? banjir, kenapa? tepuk dada, tanyalah hati* :))
Ingat-mengingati sesama kita. Wallahualam.

Seronok masa kecik-kecik main hujan. nak2 kalau tgh men bola tetiba hujan.haha.kompem la ramai yang kena tackle..kikiki

TQ, kerana meninjau!

Mencari Follower Untuk Apa??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Actually berblog ni dah hampir 4 tahun cuma on off je. Yela kadang2 bila x dapat nak berfikir secara waras dibiarkan bersawang blog ni. haha. Lepas tengahari, dah pekena milo ais. Semangat nak menaip, terus terpikir pasal benda ni. banyak kali dah tengok kat group2 dalam FB yang mana mereka2 yang dah penah cerita, taip pasal FOLLOWER. Ermm aku bukan apa pun, cuma kadang2 terfikir juga untuk apa follower ni. Ape kelebihannya. Hehe. Bukan cuba menafikan atau memandang rendah tentang perkara ini. heh x jadi hal pun kalau x tulis :p

Jom2 lebih menyeriuskan diri tentang pekara ini, follower kalau beribu2 kalau yang baca blog kita 2 3 orang (orang yang sama plak tu) ape kejadahnya tu. hihi. maybe blog En Sname ni. blog org lain maybe 1000 yang follow 1000 yang baca. wow! amazing.

Tapi mungkin itu semua x menajdi hal pun, terpulang kepada individu tersebut. Bagi sy mereka yang follow blog SNAME ni jutaan terima kasih diucapkan, follow biarlah ikhlas dan tulus dari hati. Bukan sebab nak cari populariti or cuba 'merasuahi tuan punya tapak ini' hehe. Faham2 je la. Dan juga amatlah dihargai kepada mereka yang menjadikan blog ini tempat persinggahan di kala bosan or x tahu nak buat apa. hehe Dialu2kan beb!!

Akhir kata ajak la kawan2 lain follow. Be SNAME Follower!! hahaha gileeee!
** Terima kasih kawan2 yg follow aku, walaupun maybe aku x jadi follower korang bukan bermakna aku x baca entry korang (yang jadi follower blog sname) hehe....**

Kita berblog untuk apa?? Jangan tanya aku, lu pk la sendiri (nabil) :P (r2)...hahahaha

*minta maaf kalau terkasar, dalam coretan kali ni :))* peace

TQ, kerana meninjau!

Aktiviti Minggu Lepas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hehe. Insha Allah Disember

Malaysia vs Kemboja - Sukan SEA

Bowling -Wangsa Walk

Karaoke bersama artis jemputan Amelina

Kejadian ini semua hari Ahad, Sabtu aku ke Tanjung Malim bersama Adam dan kawan2 yang lain ke majlis resepsi John @ Hazriq dan Mira.
** Minggu ini fokus untuk majlis pernikahan dan resepsi adikku Ernny. hehe **
Yang di jemput hadirkan2 diri ek, hihi. kambing + lembu malam Jumaat oit, tapi kerja mesti mau buat. ;p
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna, Insha Allah. Amin.....



TQ, kerana meninjau!

Monday, November 14, 2011

Haha DIET makcik-makcik 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat hari Isnin. Seperti biasa la, mulakan hari dengan senyuman. haha. Pagi2 makcik2 kat opis dah becerita pasal dieet dorang. Plz plz plz...macik2 xyah la diet2 makan je la, lantak kan. semuannya x kena.haha. Pung Pang pung pang x guna. Letih ambo dengar. (minggu ni kisah macik2 je) hahahaha. Kalau dah malas, malas juga. Biasa dah tu, bukan kata orang lain, aku pun kalau dah malas malas juga. Nak kena berlari hari2. Nak kena maintain, wow bukan kerja senang.
Nak2 kalau badan dah membesar. Hihi.

*Kuatkan semangat mereka, yearghh!!!*

TQ, kerana meninjau!

Friday, November 11, 2011

Haha DIET makcik-makcik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebelum nak ke masjid, buat la post baru sekejap. Xde banyak apa nak cerita pun cuma pasal diet. Hihi.. kelakar tol dengar makcik-makcik kat opis yang sedang berdiet, (masuk pertandingan) huhu.

Makcik A: Aku x makan malam pun.
Makcik B: Tu la. Diet makin naik plak berat badan aku ni. Naik 1kg.
Makcik A: Aku naik 0.5kg ish...

Lebih kurang la dialognya... Aku cakap la kena la juga bersenam, kurang2 jog ke. Setengah jam pun jadi. Bila nama pun makcik dijawabnya ala turun tangga naik tangga tu apa. Ermm.. Betul la tu.tapi kalau dah melantak makan nasi lauk macam2 ape cerita. hihi. Makanan kalori sampai beribu makcik. Naik tangga turun tangga x sampai 100 kalori kot di bakor.
Sekali naik sekali turun je pun. Hahaha..

** Bukan nak kata aku bagus, aku pun x betul gak diet. Saja nak kongsi**
Makcik oh makcik :P kena gak faham konsep, xde la membebel kat opis ni. hihi. :)
Good Luck makcik-makcik opisku... Go..go..go.. makan-makan.. Hahaha
p/s: diorang semua sempoi baik hati, makanan macam bawa... makan lagi..hahahaha (aku kena kurang jugak 3-4kg)

Dah2 jom ke masjid... Moga amalan kita diberkati Allah, Insha Allah. :D

TQ, kerana meninjau!

Kena faham, situasi kita kadang2 semuanya x serupa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa yang cuba En sname sampaikan di pagi yang mulia ini? :) senyum sikit, sedekah. Memuaskan hati. Kadang2 kita kena berfikir tentang memuaskan hati orang lain. Bukan mudah untuk memuaskan hati seseorang. Pernah satu ketika dahulu, aku di dalam situasi di mana perlu memuaskan hati banyak pihak,(actually sampai sekarang pun still sama gak) :P

Kenapa aku selalu kena mengalah? kenapa aku selalu kena faham? Kenapa aku selalu kena ikut. Bila difikir2 direnung2 betul kata Pn Sname. ;) Kenapa orang xleh nak faham, bila aku bercakap dikatanya memberi alasan. Marah? bak kata orang2 skang 'sound' ermm biasa dah tu. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Keutamaan sentiasa berubah2 kecuali kepada yang Maha Esa dan kedua ibubapa. Insha Allah. Faham2 je la kat situ. Mungkin tersirat sesuatu.

*Biar Ikhlas*
Fahami konsep berkawan dan berkeluarga. wow!
Maaf jika aku yg x faham. haha

TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 10, 2011

Musimnya Tiba Lagi (Kopak!!!)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

11 Disember 2010 -Telok Panglima Garang

Musim apa ye? musim orang mendirikan masjid, Alhamdulillah. Start minggu ni sampai la ke bulan 12 Insha Allah. Tak putus2 jemputan ke majlis resepsi kawan-kawan. 12hb ke Tanjung Malim, sahabatku John Hazriq dan pasangan Mira Insha Allah keesokan harinya 13hb pula di Shah Alam kawan tempat kerja lama Kerul dan pasangan. Next week 19hb.. hehe adikku Ernny yang no 2 akan menamatkan zaman bujangnnya, dengan pasangannya yang dikenali sejak bangku sekolah Keri, haha adik ipor tu! Esoknya pula 20hb dapat jemputan di Kelana Jaya, anak boss lama pula yang kawin. Next 2 week 26hb sepupu belah isteriku bertunang. :) Telok Panglima Garang! Esoknnya keluargaku ke Kuala Berang untuk majlis sambut menantu. Na na na Ganu kiterr...

Syukur, Alhamdulillah
**Moga2 semuanya diberkati dan dirahmati Allah. Amin**

Kopak!!! Kompang..pang2 kebomm3 pang pang2 keboomm3.. Haha macam mercun daaa

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, November 9, 2011

Puan Sname

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hihi... Salam tengah hari, belum ada cerita yang menarik nak di kongsi lagi hari ini.hehe. Nak buat2 ada pon x tahu nak cerita pasal apa. Rileks2 cool2... Cuma permintaan seorang rakan bloggerx, x tahu la permintaan ke x.haha perasaan je... Dari Kartini, soalan nya --> (encik sname silamat hr raya haji. mana puan sname. nak tgk.ekeke). Oleh yang demikian bole terus mengeLik di link ini (Dia) ;))

**Dah 2 hari berlalu makan dan terus makan = melantak. x bley jadi**
Kena gak berlari hari ini 2.4km Go..go..go..

TQ, kerana meninjau!

Tuesday, November 8, 2011

Bila kembali bekerja

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cepat masa berlalu, pejam celik dah bulan 11. Perghh. Bulan ni banyak benda nak kena setel, hehe. Hari datang opis mcm biasa, senang lenang sebab orang xde.haha. Ada pun akak2 yang dok berborak2 pasal nak diet (masuk pertandingan) wow! amazing. haha. Semangat masing-masing berkobar2 tapi tadi time rehat belasah gak makan.kuikuikui. ape daaaa!!!

Raya Haji, tahun ini seperti tahun2 yang sebelum ni, cuma yang bezanya 1st time beraya di kg isteri. hehe. Apa yang menarik 1st juga la pergi sembahyang raya, penuh dengan pendatang2 asing yang mencari rezeki kat Malaysia, (indon & bangla) hehe, rasa mcam kat luar negara dah. Ape pun x kisah la kita semua saudara. yearghh!!

** Nasi tomato + ayam masak merah** abes diet aku.. hahaha
xpe2 ada 2 minggu lagi ni... chin up , jog :D



TQ, kerana meninjau!

Bongkar rahsia dapat hadiah mcm2 beb!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



KLIK<---- la apa lagi..hehe
Mana tahu rezeki kita kan? Insha Allah
TQ, kerana meninjau!

Friday, November 4, 2011

Salah Siapa?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Video yang disiarkan bukan bermaksud apa2, cuma berkongsi. Siapa yang salah?
TQ, kerana meninjau!

Setakat Sebulan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hasilnya. Insha Allah rezeki x kemana2. cuba2, tunggu cashout, membantu berkempen. klik je kat bawah tu.. :)) or kat sini KLIK
**Rezeki masing-masing...**

TQ, kerana meninjau!

Anak Michael Jackson Mirip Selebriti Terkenal Di Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salah seorang anak mendiang Michael Jackson iaitu Prince Michael sudah meningkat dewasa.Kembali kepada beberapa tahun yang lepas , Prince Michael yang masih budak still nampak comel dan ramai yang pertahankan bahawa Michael Jackson sememangnya bapa kandung kepada anak-anak beliau.Kini , Prince Michael sudah meningkat dewasa , ada awek dan yang terkini, imej beliau mirip selebriti terkenal di Malaysia. Bertuah sungguh selebriti tersebut sebab anak Michael Jackson tu.Kiranya ,kalau tak dapat nak jadi seperti Michael Jackson, dapat mirip seperti anak beliau pun sudah cukup. Harus diingat , selebriti ini bukan calang-calang orang.

*Sama x?*

TQ, kerana meninjau!

Thursday, November 3, 2011

Korban

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)

*Apakah pengertian korban kepada kita?*
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat ISLAM.

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, November 2, 2011

How Blessed We Are....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


They Do Not Have A Masjid
So They (Men, Women And Children)
Pray On The Ground Full Of Snow.
Also They Remove Their Shoes,
They Go in Prostration On The Snowy Ground -


And Here We Are,
We Have Beautiful Comfortable Masjids -
Heated in Winter
And Air-Conditioned In Summer
And Yet We Have Difficulty Going To Masjid’s.
Do We Really Have Any Reason Not Going To Masjid ??
This is Quite Remarkable.
Shouldn't We Be Thankful To Allah.
How Blessed We Are......

TQ, kerana meninjau!

Kelebihan Ayat Kursi

assalamualaikum

Ayat Kursi

  • Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
  • Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu.
  • Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
  • Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam .
  • Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
**Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.** Wallahualam

TQ, kerana meninjau!

Kamal atau Ilyas dapat Soffiya

assalamualaikum


Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelenggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingan? Kini penonton setia TV3 di beri pilihan untuk memilih lelaki mana yang layak untuk Soffiya. Undian anda akan menjadi penentu kepada kebahagiaan Soffiya di akhir episod akan datang. -Sumber ini - KLIK <--- Undi

*Bagi mereka2 yang melayan cita ni la. Aku balik kerja sampai petang ngam start cite, tu yg layan.haha.* Pengaruh betul, x baik ;P

Fiona jahat giler...hahahahahha

TQ, kerana meninjau!

Phuket, Bali atau Club Med Bintan

assalamualaikum

Mana la tahu rezeki korang kan?? hehe.. Usha2 dulu, suka try lew.. ;)) -----> KLIK
** Yang suka jalan2, melancong2 tu lagi bagus kalau tengok apa yg menarik..**

TQ, kerana meninjau!

Monday, October 31, 2011

Hari demi Hari , Bulan demi Bulan

assalamualaikum

Menghitung hari, banyak perkara yang bakal datang nanti. Kini dah nak masuk bulan November, banyak perkara yang akan dibuat dalam bulan November nanti. Pertama2nya, tadi baru dapat kol dari IJN, mertuaku kena bt angiogram. Keduanya kenduri yang berlangsung pada 19hb ni. Ketiganya 23hb ni kena ambil ujian. Insha Allah mudah2 an semua dipermudahkanNya. Mulai bulan depan juga kena g check-up setiap 2 minggu (ujung bulan 10 dah stat). hehe. Alhamdulillah

* Rezeki Allah ada di mana2 sahaja, kita terus usaha dan berusaha. ;) * Percaya.

Tahniah bt Arsenal,ngeh3. Kalahkan team ditempat lawan Chelsea ke? 3-5 wow!





TQ, kerana meninjau!

Harimau Putih - Menyerang Zookeeper

assalamualaikum




Kejadian berlaku di Singapura

SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini.
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.
Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.
Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu. BERNAMA

TQ, kerana meninjau!

Masterchef Malaysia...

assalamualaikum



KLIK <---
Layan2 masterchef Malaysia...mari tengok apa yang menarik... Mana la taw an.rezeki masing meh! sambil2 support chef2 kita.. ;p

TQ, kerana meninjau!

Friday, October 28, 2011

Nasi Goreng + Nasi Ayam

assalamualaikum


Cerita lepas Jumaat, ;) orang kata rezeki ada dimana2, cuma lambat dan cepat. dan yang penting Usaha, Sebab kalau Allah dah beritahu kita apa akan kita perolehi, mesti kita xnak usahakan? Betul x? Sebab tu kita akan terus usaha untuk mencari rezeki. Itu mukaddimahnya je.

Sambung cerita lepas Jumaat, tadi baru selesai solat Jumaat, Alhamdulillah, khutbath hari ini pun menarik berkenaan Somalia, tapi apa yang nak di hightlite tadi berkenaan bersyukur. ;)) Balik2 je solat tadi terus ke opis, sampai opis x sampai 5 minit makcik2 opis offer lak nasi goreng, katanya xde sape nak mkn dah sebab tghari td semua dah pekena nasi ayam, juga sumbangan dari hamaba Allah yang baik hati. :)
Cerita pasal nasi goreng, sebenarnya aku ni nak diet, sebab hujung bulan ni nak attend ujian fizikal dan pancaindera. hehe. Tapi tadi setelah di offer serba salah plak, kesian juga klau membazir. So aku pun makan la.tapi bagi dua.hehe, ikut nafsu confirm abeh 1 bekas kalau bagi semua. :p

Misi aku untuk sebulan ni nak turunkan berat skit, supaya BMI aku ni ngam2 cantik je masa attend ujian tu nanti. Insha Allah, Usaha..usaha..usaha... yearghhh!!!!

**To makcik2 yang bagi nasi, tq mudah2an Allah membalasnya dengan melipat kali gandakan rezeki kalian. Amin...**

Hope semua berjalan lancar dan suksesss 23hb ni.. :)) Target yang kaler HIJAU

TQ, kerana meninjau!

tinta sname