Tuesday, July 17, 2012

Salam Perpisahan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga BPPA terutama kepada Pengarah, Prof. Sharin di atas kepercayaan yang diberikan selama ini. Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang bermula pasti berakhir. Saya percaya setiap insan itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika ada yang terkurang atau terlebih sepanjang saya berada di BPPA. Banyak ilmu dan pengetahuan yg saya perolehi. Tidak kurang juga pengalaman yg saya dapat. Saya telah memberikan yang terbaik dan yang termampu. Walau bagaimanapun terasa sangat sayang utk meninggalkan rakan-rakan PSH dan kakak-kakak PT . ;) Apa-apa pun perjuangan tetap perlu diteruskan. Di harap rakan-rakan yg lain dapat meneruskan komitmen dan memberi yang terbaik utk BPPA. Mungkin sampai di sini sahaja khidmat saya diperlukan. Saya juga berharap BPPA akan mendapat pengganti saya yang lebih baik dan lebih komited. Insha Allah. 

Semoga semuanya maju jaya…… Seorang pemimpin yang baik tidak akan mengabaikan anak buahnya sebaliknya berusaha membantu mana yang terdaya.

“Apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hendaknya kamu menghukum dengan adil.” (Surah An Nisa’ ayat 58) 

Saya terima dan redha dengan apa yang telah ditetapkan. ;) Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terkasar bahasa dalam gurauan ataupun percakapan serta perbuatan. Halalkan makan dan minum saya. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yg khilaf itu dari diri saya sendiri. 

Ular Menyusur Akar , Tak Akan Hilang Bisanya.. Saya doakan moga BPPA terus maju, maju dan maju jaya. Insha Allah kalau ada rezeki dan panjang umur, kita semua akan berjumpa lagi. ;) 

Islam itu Indah 
Allahu Akbar!!! 
Wallahualam…
Gambar Ihsan dari Nurul - Kawan dan Kakak BPPA

p/s: Itu pun ada plak yg terasa :) hmmm....

Surat ni bertarikh 5 Julai 2012

TQ, kerana meninjau!

Pintu ke Aku



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi-pagi dah berjoging..huhu. Turun groundfloor lari naik P2 lak..adehhh.. ni semua gara-gara pintu yg x berfungsi.. nak kata kad expired aku nengok org lain pun xleh gak kua.huh! 

Disebabkan itu juga aku tertinggal bus daa... dah 2 kali dalam masa seminggu. ayoyo. Terpaksa la naik LRT + ERL. 

Oleh kerana tertinggal bas aku pun lambat lah ke opis. MERAH. Xpa la. anggap itu semua dugaan di pagi hari. :) yang penting selamat sampai. Sampai je kat opis hari ini, terus ke kafa beli nasi lemak ayam seketul. Alhamdulillah kenyang. Lambat hari ini kerana pintu, nak salahkan pintu pun x bole.klau bangun kul 5.30 td Insha Allah semuanya berjalan lancar. Klau pintu xleh buka ada masa lagi nak terkedek-kedek kan.hihi. Padan muka aku la!

* Aku rasa telinga aku belah kiri ni cam ada jerawat lak. Rasa x selesa lerr..



TQ, kerana meninjau!

Sunday, July 15, 2012

Minggu Itu




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari minggu bersama isteri dan anak tercinta. Sabtu semalam ke Ampang ada mini reunion bersama kawan-kawan sekolah. Hehehe.. Ramai la juga yg pergi walaupun x cukup korum. Majlis dibuat saja-saja tapi penuh bermakna. Masing-masing bawa makanan.poklak...haha. Aku bawa sate. ada yang bawa bihun, puding, sagu, pizza, nuggets dan macam2 lagi la. terima kasih semua. x lupa juga kepada tuan punya rumah. Nad. hehe.. yang menyediakan tempat untuk berkumpul. ;). Di kesempatan semalam aku dapat jumpa kawan lama yang x jumpa. Kini dah jadi Puan. Hehehe..x kawin lagi tp dpt puan.. pelik x. Hahaha..POLIS.!

Di rumah Tok Ti

Ahad x ke mana. cuma ke rumah makcik dan ke rumah mak. Alhamdulillah heroku beransur sembuh. Makin ligat. Syukur kepada Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan kepada kawan-kawan dan keluargaku. Ameen.

Ramadhan dah nak sampai....

TQ, kerana meninjau!

Thursday, July 12, 2012

Dinner + Australia



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam balik dari keja dah plan nak makan kat luar. Dah lama x makan kat luar bersama isteri. Hehe.. Semalam jugak la pertama kali aku isteri dan anak kami Khalif kluar dinner bersama. X jauh pun dekat2 area umah. Kebetulan nak g cari ubat Khalif yang tertumpah. hihi. (my mistake k).

2 minggu lepas isteri tercinta ada ajak makan steak. Daging lembu Australia katanya. Halal bang, chef pun melayu Islam. Hehe. Gara2 penangan tgk rancangan kat tv9. Misi mencari tempat pun bermula katanya kat Setapak je. 

Kami klua rumah lepas Maghrib terus ke farmasi. Alhamdulillah ubat ada. Selesai cari ubat kami terus cari tempat makan. Hampir sejam cari tempat x jumpa2. Perut dah lapar. Hehe. Tanya isteri apa nama tempatnya. Dia kata depan ada W je. Itu je dia igt.adoiiiii.. Terpaksa jadi Pak Nujum la semalam.. Round punya round last skali round dekat area kedai baru buka dekat sangat dengan umah. tengok satu kedai ada tulis TooWooMBA Deli & Meats. Kami pun pergi dan park. Rupanya itulah kedainya..

Sentiasa sengih.. Sama sibuk dengan org makan

Kedainya x besar mana pun. Tapi sangat menarik. Hehehe.. sesuai la klau pergi ngan family. Sampai je kedai terus masuk dan duduk. Order!!! Wife order beef saya chicken chop +  wild mushroom soup.. ko ado??
Makanan Alhamdulillah superb... Semuanya sendiri buat. Pinggan Licin... Sekali lagi Khalif terkulat-kulat. Tapi dapat la juga merasa sup cendawan ujung2 lidah. Hehehe.

Alhamdulillah rezeki semalam. Sekali sekala makan kat restoran ala-ala org putih. :)) dengan lagu Koboinyerr... Belum rezeki nak ke Australia.. Makan daging lembu Australia pun jadi lah..

p/s: Ada rezeki Insha Allah dapat ke Australia boleh ziarah Boss a.k.a Hisyam Che Mat sekeluarga. :))

Musroom dah abeh tinggal steak. Si kecil berharap untuk disuap
Woooooo...

Syukur YA Allah atas rezeki yang Engkau berikan.. Ameen

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, July 11, 2012

Ya Marhaban




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Marhaban ya marhaban. Penah dengar ikut-ikut mcm tu je la.. ermm sedihkan... Kali ni diberi peluang.. Peluang yang agak berat juga la yang diambil. Tapi x salah untuk mencuba dan praktikan. Insha Allah aku akan mewakili KPT utk pertandingan Marhaban sempena Menyambut Ramadhan. ;p

Bermulanya cerita tiba-tiba bole nak msuk pertandingan ni berlaku secara tidak sengaja. Maybe terpanngil untuk ke sana. Wallahualam. Hari ujibakat nasyid - marhaban KPT aku saja2 turun nak tengok ramai ke idak. alih2 aku dipanggil. Hehe. tanpa segan silu terus je la nyanyi. hahaha lagu saujana keluarga bahagian lak tuh. kikiki.

Esoknya dapat kol. terpilih. haha.. mmg la terpilih klau dah pergi ujibakatnya x sampai 10 org. apapun tahniah juga la pada diri sendiri dan yang lain.Bermula la lathian. sehingga hari ini yang ada cuma 4 ORANG.. sedihkan syabas utk group perempuan kita cukup la kumpulan tu . siap hantar 2 lagi nasyid dan marhaban.

Apa yang aku nampak kat sini mungkin kurangnya promosi atau lebih keras skit kesedaran. :) Xpa kita berfikiran positif. Maybe kebanyakan sibuk dengan kerja. Tapi bagi aku apa salahnye turun. secara x langsung kita bole berselawat dan memartabatkan lagi ISLAM. tegur klau aku salah. sedih sedar skit. patut aktiviti2 yang mcm ni patut kita join..hmm latihan pun fleksibel. 2 jam je pun. dunia kita kejar akhirat kita tinggal..JANGAN.. nauzubillah...

Perjuangan mesti diteruskan.. walaupun kini tinggal 4 kena cari lagi sekurang2nya 2 org. minimum untuk bertanding. klau x dapat nak bertanding pun xpa la. sekurang2nya aku dapat ilmu yg bole dimanfaatkan.
:))



TQ, kerana meninjau!

Kenye Molek kat Al Rawsha Restoran





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Malam selasa lepas kami sekeluarga ke Restoran Alrawsha berhampiran bulatan Kg. Pandan untuk makan malam. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai gitu. Hehe. Yela big boss selalu busy. Malam tu order nasi ayam ngan kambing + kebab ayam 1. Alhamdulillah sangat mengeyangkan. Khalif jer terkulat-kulat sebab xleh nak bagi makan kambing lagi kan.hehehe. TK.

Adik bongsu layan sup
Khalif dan tante
Tisu. hehe


Semoga segala urusan Ayoh di sana dipermudahkan dan dilindungi Allah. Anakanda sekeluarga doakan.


p/s: Pic Ihsan dari tante2 Khalif. TK

TQ, kerana meninjau!

Tempat baru selepas 6 Bulan




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kat mana-mana pun sama, yang penting kita pandai bawa diri dan sesuaikan diri. Dah hampir 2 minggu bertukar bahagian. Setiap kali jumpa kawan-kawan di bahagian lama semuanya tanya. Soalan yg sama. " Macam mana tempat baru ok ke?". Aku mampu tersenyum jer lah. Jawapan ringkas dan padat. "ok jer", Alhamdulillah.

 Setelah hampir 6 bulan di BPPA banyak ilmu dan pengalaman yang berbeza yang aku dapat. Biasa lah lain padang lain belalangnya. Hehehe. Kita sebagai manusia harus sedar setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan senang kita nak puaskan hati semua pihak. Igt pesan ayah, kita kerja makan gaji mcm ni kita kena igt kita ada boss. kena ikut ckp boss. Tapi ikut biarlah dengan rasional. :) apa yang terjadi tidak perlu dihuraikan kerana itu asam garam dalam bekerja. Rezeki takan datang bergolek tanpa usaha.

 Dan ingat rezeki itu Allah yang kurniakan bukan manusia. Bersabar terima dengan redha. Think positif anggap ianya cabaran dan kekuatan untuk terus memajukan diri pada masa akan datang. 

 Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya. 

 Insha Allah Oktober menanti... 

 Ramadhan dalam perjalanan...



TQ, kerana meninjau!

Tuesday, May 22, 2012

Nasi Lemak Pupus?





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cerita ni cerita 2 hari lepas. Ahad malam. Selepas aku, isteri dan anak pulang dari rumah mak. Hehe. Ceritanya nak makan malam, oleh sebab x masak kami membuat keputusan untuk tapau je lah. Lebih kurang pukul 7 kami sampai ke rumah, lepas selesai solat semua aku turun balik untuk g beli makanan. Menu malam itu adalah nasi lemak. Macam biasa la mesti la turun bawah umah je, sebab kat bawah ada restoran dan ada jual nasi lemak. Nak di jadikan cerita kedai tu tutup plak. Aik..kata hari sabtu je tutup..ermm hampeh tul.. So bermula la pengembaraan misi mencari nasi lemak untuk makan malam diteruskan. So aku pun stat kereta dan keluar.. Ada satu tempat special depan 7e. memang superb nasi lemaknya. Dengan penuh harapan aku meneruskan langkah. Alamak..sampai2 je kat depan 7e tengok2 gerai burger je buka. Adushh sekali lagi. Mengeluh buat kali ke-2. (x elok mengeluh kan).

 Tapi semua tu tak melunturkan semangat untuk menapau nasi lemak untuk dibawa pulang.. Seterusnya aku ke Setapak.. Dimana zaman2 buang dulu lepak dengan kawan-kawan seperjuangan untuk menonton bola dan menghabiskan sisa2 malam.. Sampai je kat tempat yang dituju terus aku park keta. Dengan penuh harapan melangkah laju ke gerai yg dituju. Dari jauh dah nampak lauk-pauk..Wah menarik ni...detik di hati.. sampai2 je kat gerai tu..terus je tanya.. "Nasi lemak ada"? jawapan balas "nasi putih je dik, nasi lemak belah sana".. aduh sekali lagi.. Akak Indon tu tunjuk kedai Cina lak tuh.. ape daa... 

 Aku meneruskan langkah dan gagahkan diri..terus round sekitar uptown dan setapak x nampak pulak gerai yang jual nasi lemak.. hampir 6 7 gerai singgah semuanya xde nasi lemak.. Susah pula nak cari nasi berlemak ni yer..... merungut sendiri.. tengok jam dah 9.30. dah sejam lebih ni... xpa singgah beli pampers dulu... lepas beli pampers aku lalu satu lorong depan sekolah... ada satu gerai.. terus je aku berhentikan kereta dan order nasi 2 bungkus.. Perghhh senyumm...... 

 Aku order nasi kukus ayam dara.. Xda pun nasi lemak..... erkkk... xpa la asalkan dapat makan malam tu pun dah bersyukur... Rezeki malam tu nasi kukus... ;) 


 Nasi kukus ayam dara : pedassssss gilenya pedassss sambal tu..... kenyang..erk.. Alhamdulillah..Syukur!

Hargai semasa masih ada.


Selamat Menyambut Bulan Rejab

TQ, kerana meninjau!

Bekas isteri???



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bukan suka2 nak kenakan orang... Tapi pihak yang bertanggungjawab perlu lebih berhati-hati. Peringatan untuk semua dan diri sendiri... ;) maybe kesalahan nampak kecik.. Tapi perlu dilihat dan tidak diambil mudah. Takut2 timbul fitnah plak..

 Takbir..Selawat!!!

TQ, kerana meninjau!

Wednesday, May 9, 2012

Kali ke-2 rasanya



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wah... Berwajah baru rupanya..nak buat entry baru pun x tahu nak klik kemana tadi.kahkahkah..punya la lama x menaip kat sini.. atas desakan dan teguran kali ke-2 oleh rakan seperjuangan Rembang Waktu..akhirnya..kembali la episod yg sekian lama ditinggalkan.. memblogkan diri..jgn sampai di block.. Hahahaha...

Muhammad Khalif Ummar - 4 Bulan -




TQ, kerana meninjau!

Wednesday, January 18, 2012

Sebulan berlalu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wow. Bersawang, berhabuk nampaknya.hehe.. Kerana terlalu banyak perkara2 yang perlu diutamakan. Alhamdulillah tahun baru ni semuanya berjalan dengan sempurna. Insha Allah.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh sebulan lebih nih. 1st, syukur yang teramat sgt. Kerana dikurniakan seorang cahaya mata tanggal 30hb 12 2001. Yang keduanya pula, kerja dinaikkan skit gred. Syukur rezeki anak. ;)

So, hari ni curi masa cikit nak bt entry la. hehe.. tanpa berfikir panjang taip je lah apa yang ada dalam benak fikiran sekarang ni.

** Muhammad Khalif Ummar, semoga menjadi anak yang Soleh. ;) **

p/s: semalam dok tgh layan komen2 dalam fb. ada plak geng suruh try masuk contest baby comel. hihi.. try je katanya. Ermm.. apa lagi aku try la. Hahahaha.. so korang tolong la usha2 loike2 k.. ;P hihihi.. ---> KLIK Sini (nengok Khalif, kalau xnak like pun..xpaksa)


TQ, kerana meninjau!

tinta sname